Monday, September 1, 2014

PEMIMPIN PAS DIINGATKAN JANGAN JADI BONEKA PKR & DAPIG

ISNIN, 01 SEPTEMBER 2014

SUMBER : 
Desakan supaya pemimpin Pas tidak tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor terus memuncak apabila ahli dan penyokong akar umbi parti itu di negeri ini mengadakan perhimpunan aman membantah perkara tersebut hari ini. Desakan itu dilakukan oleh sebahagian ahli dan penyokong akar umbi Pas Kawasan Seremban, Nilai, Rembau dan Kuala Pilah menerusi perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Terminal 1 sebagai tanda protes khususnya berhubung keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti pada 17 Ogos lalu. Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat berkenaan yang mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor. 


Menurut ketua kumpulan itu, Zaidi Zainal Abidin, perhimpunan itu adalah suara akar umbi ahli serta penyokong Pas yang membantah keputusan mesyuarat berkenaan. "Kami tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya serta mendesak supaya dibatalkan demi maruah Pas. "Kami amat kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin Pas yang tidak menghormati Majlis Syura Ulama kerana mereka lebih takut dan taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini. Jelas Zaidi yang juga ahli Pas Kawasan Nilai, keputusan itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Pas. "Jika begitu kami mendesak mereka ini supaya keluar daripada Pas dan sertai PKR,'' tegasnya. 

Tambahnya, ahli akar umbi juga mendesak pucuk kepimpinan Pas supaya segera menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, melepaskan jawatan. "Ini kerana ADUN Pas lebih layak serta lebih bersih untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Kita tidak mahu pemimpin Pas menjadi boneka dan alat mainan bagi parti lain,'' ujarnya.

P/S ~ Semangnya PAS telah di pekuda-kudakan dan dijadikan boneka oleh rakan kongsi mereka iaitu PKR dan DAPig. Dan sememangnya PAS menyedari perkara itu, tapi, oleh kerana para pemimpin atas PAS tidak ada telo, dari prinsip pejuangan parti nya telah lari dari landasan, maka, PAS rela diri mereka di perhamba dan menjadi boneka kepada PKR & DAP. Nasib korang le PAS. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...