Wednesday, September 24, 2014

BARU HARI PERTAMA JADI MB, AZMIN DAH TUNJUK BELANG, KRITIK KHALID KERANA PECAT ANWAR

RABU, 24 SEPT 2014

SUMBER....
DENDAM kesumat. Itu yang masih tersemat didalam hati dan jiwa Menteri Besar yang baharu. Dendam Azmin Ali terhadap bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim berterusan, lantas Mohamed Azmin Ali mula menunjukkan belang pada hari pertama beliau menjadi Menteri Besar Selangor dengan mengkritik tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Selangor. Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pemecatan itu menimbulkan persoalan memandangkan ia dilakukan pada hari terakhir Abdul Khalid menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sudah tentu ini menimbulkan persoalan mengapa pemecatan ini berlaku pada hari terakhir pentadbiran Abdul Khalid. Anwar telah memegang jawatan tersebut sejak enam tahun lalu, tiada isu apa pun. Mengapa beliau disingkirkan?katanya dalam sidang akhbar di kediaman ibunya, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, semalam. 

Azmin mengadakan kenduri kesyukuran di kediaman ibunya sempena pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid. Sementara itu diberitakan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor, Faekah Husin dalam kenyataan malam tadi mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkuat kuasa serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri. Jelas Faekah, pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang. Berita dari   KLANG pula, ketika ditanya pemberita mengenai kedudukan barisan Exco baharu di bawah pentadbirannya, Azmin menjelaskan, beliau akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS pada petang ini mengenai komposisi jawatan itu mengikut parti-parti dalam pakatan pembangkang. 

Katanya, beliau yakin keputusan penetapan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu dijangka dapat dicapai sebelum istiadat mengangkat sumpah yang dijadualkan berlangsung di Istana Alam Shah di sini pada Jumaat ini. Pada masa sama, Azmin turut menyatakan bahawa tiada jawatan Timbalan Menteri Besar akan diwujudkan di bawah pentadbirannya sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Setakat ini perkara itu (jawatan Timbalan Menteri Besar) tidak berbangkit, ujarnya. Selamat bertugas Azmin, tolak segala dendam yang terperam di dalam hati, dan ingat janji yang telah dilafazkan kepada Duli Tuanku semasa angkat sumpah, dan juga jangan jadi MB 'remote control' seperti apa yang ko janjikan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...