Wednesday, September 10, 2014

KHALID DINASIHAT 'TUTUP MULUT' DALAM KRISIS MB SELANGOR. BUKAN KERANA DIA GAGAP TAU!

RABU, 10 SEPT 2014

SUMBER : 

KALAU aku bersuara pun apa aku dapat. Takkan aku dapat balik jawatan MB itu semula. Begitulah agaknya terbuku di dalam hati sehingga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil langkah selamat dengan tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung calon penggantinya yang telah dicadangkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat. Abdul Khalid berkata, tindakan itu kerana beliau telah dinasihatkan supaya tidak memberikan sebarang kenyataan kerana ia dibimbangi akan mengelirukan rakyat. Beliau dinasihati supaya beri ruang dan usaha Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) melalui pejabat istana negeri melaksanakan perkara ini dengan tertib dan teratur. 
Jadi Khalid merasakan kebijaksanaan dan kesabaran Tuanku patut diberi kepercayaan dan beliau harap perkara ini dapat selesai dengan baik. Utamakan kepentingan Selangor, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah hari ini, Rabu. Mengulas lanjut, Khalid berkata, kepercayaan penuh diberikan terhadap kebijaksanaan Sultan untuk membuat keputusan dalam menentukan calon yang layak dilantik Menteri Besar Selangor. Itu keputusan Sultan Selangor. Beliau telah menghadap sembah Tuanku dan beliau memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada keputusan baginda. 
Kita tahu, Khalid pernah beri surat untuk letak jawatan bagi membenarkan proses pemilihan ini dilakukan dengan betul. Bagaimanapun baginda minta Khalid tarik balik surat tersebut sehingga keputusan dibuat. Ditanya sama ada beliau tahu mengenai spekulasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Iskandar Samad akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor Jumaat ini, Khalid berkata: "Takde komen.. semua ini kalau apa pun dilakukan, mengikut beberapa proses-proses tertentu." Pada kebiasaannya di Selangor ada jemputan bertulis dari istana negeri untuk jemput orang-orang hadir. Yang dijemput saksikan upacara tersebut akan diberi masa, tak perlu spekulasi, katanya.
Apapun, maklumat yang terbaru IBM dapat, tiada acara angkat sumpah bagi jawatan Menteri Besar yang baharu pada Jumaat ini. Nampaknya kita masih menunggu dan menunggu siapakah Menteri Besar yang Tuanku pekenan. Wallahwa'alam. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...