Wednesday, September 3, 2014

SHAFIE APDAL : ISU SABAH TAK PERLU DIBANGKITKAN

RABU, 03 SEPTEMBER 2014

SUMBER : 
Isu membawa keluar Sabah dari Malaysia tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia jelas bertentangan dengan keputusan yang sudah dicapai melalui Suruhanjaya Cobbold pada 1962. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan membangkitkan isu tersebut. "Perkara ini tidak seharusnya berbangkit kerana ia melanggar perjanjian yang telah dicapai bersama dalam Suruhanjaya Cobbold.

"Jika mereka mahu bangkit berkaitan kemajuan yang kurang, itu tidak jadi masalah. Tetapi jika bangkit isu memisahkan Sabah dari Malaysia, maka satu tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana pihak yang cuba menyebarkan perkara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna.

P/S ~ IBM sokong dengan pandangan DS Shafie Apdal tu. Isu ini sengaja di bangkitkan oleh pembangkang yang iri hati melihat Sabah yang kini giat membangun dan dari segi politiknya pula, Sabah adalah 'fixed Deposit' untuk Barisan Nasional (BN). Jadi, pembangkang begitu kecewa kerana tidak dapat menakluki Sabah, maka dengan cara menghasut rakyat Sabah untuk keluar dari Malaysia sahajalah jalan terakhir bari mereka (pembangkang). Apapun, dalang yang bertanggungjawab membangkitkan isu 'Sabah Keluar Dari Malaysia' harus ditangkap dan sumbat je ke dalam penjara. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...