Wednesday, September 17, 2014

KIASAN DARI HARUN DIN MEMANG MOLEK. TAPI PEMIMPIN2 PAS NAK DENGO KE?

RABU, 17 SEPT 2014

SUMBER :
MAHU ke pemimpin-pemimpin PAS dengar nasihat dari seorang ulama tersohor seperti Datuk Dr Haron Din ini? Sumber dari PAS (orang dalam) menyatakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberi kiasan bahawa tahaluf siyasi (kerjasama politik) parti itu dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukan suatu ketetapan tetapi boleh dikaji semula dan 'diceraikan' seperti sebuah perkahwinan. Mengikut kata Harun Din, tahaluf siyasi sama seperti sebuah perkahwinan yang mempunyai ruang penceraian oleh Islam sekiranya syarat dan rukunnya dilanggari. Contohnya dalam perkahwinan, walupun tidak dibolehkan talak, namun demikian ruang itu ada (untuk dilakukan). Jadi kalau tahaluf telah tercalar, syaratnya telah dilanggar dan rukunnya telah dirobohkan, ulama wajib memikirkan balik...merenungkan balik serta memeriksa balik (kerjasama).Jesteru, beliau minta elok diperhalusi semula, katanya hari ini, Rabu. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53. Bagaimanapun Harun berkata, sesuatu kerjasama politik itu perlu dipertahankan sekiranya ia menguntungkan Islam. Tahaluf berlaku dengan nasihat ulama serta syarat dan rukun dipenuhi. Jadi ulama sebagai benteng. Pertahankan tahaluf, pertahankan demi kebaikan Islam dan bukan individu, katanya. Gesaan supaya PAS mengkaji semula kerjasama mereka dengan Pakatan Rakyat kembali diperkatakan susulan krisis politik membabitkan isu menteri besar Selangor. Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar. Masa bagi PAS bangun dari kepungan PKR & DAPig sudah tiba. Berambus dari Pakatan. Itulah jalan terakhir. Tapi, aku ada kisah? Lantak pi lngkup le korang. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...