Sunday, September 21, 2014

BEKAS HAKIM INGATKAN PUTRAJAYA UNTUK TIDAK MANSUHKAN 'AKTA HASUTAN'....JANGAN ULANGI KESILAPAN KEDUA!

AHAD, 21 SEPT 2014

SUMBER.....
INI adalah satu peringatan yang harus diambil kira oleh Putrajaya. IBM setuju benar akan kenyataan atau peringatan tersebut. Semalam, mengikut kata sumber, Putrajaya diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan kedua dengan melaksanakan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang digunakan sejak zaman penjajah British, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Md Nor Abdullah.  Beliau berkata, kesilapan pertama yang dilakukan Putrajaya adalah ketika meluluskan pembubaran undang- undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2009. Keputusan tersebut dengan membubarkan Akta ISA jelas amat merugikan kerajaan dan masyarakat. U‎ntuk kali ini, kita harus mengekalkan Akta Hasutan. Kerajaan tidak harus melakukan kesilapan kedua dengan memansuhkan Akta Hasutan, katanya pada forum Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan di Kuala Lumpur, semalam. Selain itu, beliau juga turut menyelar penguatkuasaan undang-undang yang lemah termasuk proses pendakwaan Pejabat Peguam Negara.

Di bawah Akta Pencegahan Jenayah, adakah anda tahu berapa ramai penjenayah yang dikawal dengan peralatan pantauan gelang itu? Sebenarnya langsung tidak ada. Kita ada undang- undang tapi tidak digunakan dan penguatkuasaan pula lemah. Ini termasuk kuasa mendakwa Peguam Negara  yang memerlukan masa sehingga lima tahun tapi tidak selesai, katanya. Dalam pada itu, Presiden PERKASA Ibrahim Ali menyifatkan pemansuhan ISA hanya dilakukan pihak berkepentingan seperti ahli politik semata-mata dan bukannya atas kehendak pihak keselamatan. Sewaktu ISA dimansuhkan dahulu ia bukan satu keputusan yang dibuat oleh pihak keselamatan sebaliknya hanya keputusan yang dibuat oleh orang politik sahaja. Keputusan itu dibuat kerajaan bagi mengembalikan dua per tiga undi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Mereka berjanji untuk memansuhkan tersebut kerana pada waktu itu, keputusan berkenanan merupakan keputusan popular dan dituntut, katanya. 

Malah, beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak ISA adalah akta yang kejam. Menurutnya, sewaktu beliau ditahan selama dua tahun dua bulan pada tahun 1974 beliau menerima layanan yang cukup baik sepanjang tempoh tersebut. Sewaktu di sana pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti bercucuk tanam dan bermain badminton. Bayangkan beliau tukar berus gigi hampir setiap hari ketika ditahan dan beliau juga boleh katakan menukar mentega roti setiap hari, katanya. Beliau berkata, kempen yang dilaksanakan bagi mempertahankan Akta Hasutan 1948 semakin mendapat sokongan dan sambutan dari orang ramai sejak ia dilaksanakan baru-baru ini. Forum yang dihadiri kira 300 peserta itu menampilkan  Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Nor Abdullah sebagai panel. Harap ianya mendapat perhatian dari Kerajaan, jangan ulangi kesilapan lampau, dan jangan 'pisang berbuah dua kali'. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...