Friday, September 5, 2014

TAMPARAN PADA PKR! NIK AZIZ MAHU CALON PAS BERTANDING DI PRK PENGKALAN KUBOR.

JUMAAT, 05 SEPT 2014

SUMBER :
HUBUNGAN PAS DENGAN PKR SEMAKIN TEGANG


PASTI Anwar Brahim benggang dan merasakan PAS sekali main politik kotor menikam rakan kongsi dari belakang. Seperti yang kita semua sedia maklum, PAS telah membelakangi PKR di dalam isu Menteri Besar Selangor dengan menamakan tiga calon dari PAS bagi calon MB Selangor yang baru. PKR begitu kecewa dengan sikap PAS yang dikatakan mengkhianati kawan. Terkini PKR sekali lagi dikejut dan dipermainkan oleh PAS apabila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumum dan mahukan calon dari partinya bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor 25 September ini. Beliau orang PAS, dengan itu beliau nak PAS lah (bertanding), katanya ketika ditanya calon dari parti manakah dalam kalangan Pakatan Rakyat yang beliau mahukan bertanding pada PRK itu.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata bagaimanapun keputusan mengenai calon yang bertanding akan ditentukan oleh jawatankuasa parti peringkat negeri tidak lama lagi. "Kalau tanya, hati beliau nak PAS lah tetapi PKR macam mana, tak tahulah semua terserah, beliau serahkan kepada jawatankuasa parti peringkat negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Jumaat. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Adakah dengan pengumuman dari Tok Guru Nik Aziz akan mengeruhkan lagi hubungan PAS dengan PKR?....Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...