Monday, September 22, 2014

PKR ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR?..APA YANG GEMPARNYA TU??

ISNIN, 22 SEPT 2014

SUMBER.....
DIDALAM PKR, kalau korang nak tahu semuanya gempar. Sikit-sikit gempar. Hari ini  lagi gempar yang mana IBM  mendapat sumber berita  dari Shah Alam menyatakan bahawa kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergegas ke ibu pejabat parti itu selepas memutuskan perlu diadakan mesyuarat tergempar berhubung perkembangan terkini berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu. Mengikut sumber, mesyuarat Biro Politik parti itu diadakan selepas satu mesyuarat 'biasa' yang dihadiri beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar. Perkara itu dimaklumkan Azmin yang terpaksa berpatah balik selepas kira-kira 40 minit meninggalkan bangunan itu. Katanya, ia merupakan mesyuarat biro politik yang akan dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, mesyuarat yang dijangka bermula pukul 5 petang itu akan turut disertai Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Diberitakan mereka akan adakan mesyuarat tergempar pukul 5, hari ini (Isnin) yang akan dipengerusikan oleh presiden... ketua umum (akan hadir)... mengenai perkembangan terkini..., kata Azmin kepada pemberita di luar ibu pejabat PKR pagi ini. Ditanya adakah perkembangan terkini melibatkan isu Menteri Besar di Selangor, Azmin berkata, Ya. Bagaimanapun beliau menambahbeliau tidak tahu... ini mesyuarat khas tergempar pukul 5. Antara yang dilihat memasuki ibu pejabat PKR ialah Naib Presiden, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad. Terdahulu apabila ditanya, Azmin menegaskan bahawa beliau masih belum menerima sebarang surat berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu. Pada Isnin, timbul spekulasi mengenai pelantikan Azmin memegang jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah pada pagi Selasa.

Jadi, masih jadi tanda-tanya dan belum soheh berita yang IBM dapat semalam bahawa Azmin adalah calon yang telah dipilih oleh pihak Istana untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu. Apapun, kita tunggu hingga esok kerana IBM difahamkan pihak Istana telah membuat 'raptai' tanpa menamakan nama calon yang telah di sahkan oleh Istana untuk upacara melantik dan angkat sumpah Menteri Besar yang baharu esok. Itulah yang GEMPAR sangat bagi PKR kot. Huhuhuhu. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...