Thursday, September 4, 2014

PAS NAK RAMPAS KERUSI MB SELANGOR DARI PKR. TAK PERCAYA TANYA HJ HADI!

KHAMIS, 04 SEPTEMBER 2014

KEMELUT ISU MB SELANGOR : 
KRISIS Menteri Besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu. Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus. Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon. Bermakna, Hadi benar-benar mahu calon PAS jadi MB Selangor. Macam nak rampas kuasa le pulak. Tolak calon PKR. 

Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi oleh pemberita untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu. "Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, beliau tidak boleh membincangkannya," katanya. Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail@nenek kipas ke istana untuk dipertimbangkan. PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.

Kalau nak diikutkan apa yang pihak Istana mahu, sah, calon PAS lah yang layak untuk menjadi Menteri Besar yang baru. PKR dan DAPig terkeluar dari senarai kerana tidak mengikut kateria yang ditetapkan oleh pihak Istana. Meraung dan meroyan lagilah si Nuar Brahim. Apapun, kita semua masih menunggu akan kenyataan dari pihak Istana, siapakah yang pihak Istana terima sebagai MB Selangor yang baru. Tungguuuuu!. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...