Thursday, September 4, 2014

PAS SELANGOR GADUH BESAR DENGAN PAS PUSAT? APA BARANG PAS NI?...GADUH...GADUHLAH KORANG!!

KHAMIS, 04 SEPTEMBER 2014

SUMBER : 
PAS Selangor hari ini membidas dakwaan tindakan dua ADUN parti itu menyumbang kepada kegagalan mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui kerjasama PAS dan Umno. Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyifatkan kenyataan daripada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali sebagai satu fitnah terbesar kepada ahli-ahli parti di negeri itu. Beliau menegaskan pimpinan parti Islam itu tidak pernah mengadakan perbincangan bersama Umno sebagai langkah terdesak mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. "Saya berani sahkan PAS Selangor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan Umno. "Umno menyokong Khalid kerana UMNO tidak mahu berlakunya Pilihan Raya Negeri kerana UMNO sendiri tidak yakin dan tidak bermakna PAS Selangor dan UMNO Selangor akan bekerjasama. "Kerana pendirian PAS Selangor adalah kekal dan mempertahankan Pakatan Rakyat," ujarnya kepada Antarapos, hari ini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam berkata tindakan Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti ADUN tidak memihak kepadanya. Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam. Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 6 Ogos 2014 yang mengambil ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan dua ADUN tersebut.

Khairuddin sekali lagi menyanggah lontaran Ahli Parlimen Kuala Nerus itu yang kononnya lebih memahami krisis politik yang tercetus di Selangor. "Ramai pihak yang membuat andaian melulu sedangkan mereka bukan ADUN atau Ahli Perhubungan PAS di Selangor. Mereka hanya berandaian. "Tuduhan melulu itu adalah fitnah kepada seluruh ahli PAS Selangor," tegasnya lagi. Memetik kenyataan di laman sosial berkenaan, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS itu menempelak tindakan pimpinan pusat ini menyokong Saari dan Hasnul dan tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura Ulama itu jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Beliau turut mempersoalkan cubaan seorang pimpinan kanan parti uanh mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno.  Ia dipercayai ditujukan kepada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

P/S ~ Komen IBM ringkas sahaja. PAS sesama PAS bergaduh, yang untung PKR & DAPig. PAS akan terus jadi kaldai tunggangan PKR & DAP. Itu pun ahli2 PAS tak masih tak sedar diri. Lantak koranglah. Nak mampus itu korang punya hal. Wasallam ~ IBM

1 comment:

  1. Mereka cuma akan Tersedar setelah semua kuasa dibawah kuku DAP.. masa itu sudah terlambat cth PP , tiada satu pun wakil Pas diberi ruang dan peluang dalam penradbiran LGE @ DAPs

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...