Monday, September 15, 2014

BEKAS TAHANAN ISA, JUGA BEKAS EXCO PEMUDA PAS KEDAH, MOHD LOFTI TERBUNUH DI SYRIA.

ISNIN, 15 SEPT 2014

SUMBER : 
INNALILLAHIWAINAILAHI RAAJI'UUN..ALLAHUMARGFIRLAHU..Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lofti Ariffin menjadi rakyat Malaysia ketiga terkorban di Syria. Menurut sumber, Mohd Lofti,46, dari Kuala Ketil, Kedah  mengalami kecederaan di lengan dan kepala ketika pengeboman dilancarkan di pusat militan di Timur Hama pada pagi Selasa lalu. Berikutan kecederaan itu, Mohd Lofti yang berjuang untuk pergerakan Ajnad As Syam dihantar ke hospital di Hatay, Turki. Doktor telah cuba yang terbaik untuk menyelamatkannya. Dia gagal bertahan kerana kecederaan dan meninggal dunia selepas Maghrib pada Sabtu, jelas satu sumber kepada The Star pada Ahad. Difahamkan jenazah Mohd Lofti akan dikebumikan di Turki. Dalam serangan itu, seorang lagi rakyat Malaysia Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, turut terkorban. 

Rakyat Malaysia yang telah terkorban di Syria sejak 10 Ogos lalu ialah Zainan Harith yang dikenali sebagai Abu Turob, manakala Ahmad Tarmimi Maliki, 26, terkenal selepas kematiannya kerana menjadi pengebom berani mati yang pertama dari negara ini. Sebelum ini The Star melaporkan Mohd Lofti,  bekas Exco Pemuda Pas Kedah sedang menjalani misi berani mati di Syria, namun di laman Facebooknya mendakwa dia bukan pasukan Negara Islam atau anggota Levant (Isil). Mengikut abang sulungnya Zainon Ariffon,52, Mohd Lofti pergi ke Syria untuk berperang kerana bersebab. Mohd Lofti meninggalkan lapan anak yang berumur lapan bulan hingga 17 tahun. Dia dikatakan tidak balik ke rumah ketika adiknya yang berusia 41 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung Mac lalu. 

Dalam laporan eksklusif sebelum ini, Mohd Lofti antara 40 orang rakyat Malaysa termasuk empat bekas tahan ISA. Mereka ialah bekas anggota Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) Zainuri Kamaruddin dan bekas Jemaat Islamiah (JI) iaitu Rafi Udin, Samad Shukri, Zid Saharani Mohamad Esa. Mohd Lofti ditahan ISA pada Ogos 2001 hingga Spetember 2003 kerana terlibat dengan KMM. Pada awal tahun 1990-an, Mohd Lofti telah menyertai latihan senjata di Afganistan dan terlibat dalam dua konflik berasingan di Tajikistan dan Poso Sulawesi.

P/S ~ Persoalanya, adakah kematian Mohd Lofti itu di gelar 'mati syahid'?. Kan apa, pengikut2 parti PAS selalu menyebut dan yakin perjuangan seperti itu adalah perjuangan yang diredha oleh allah SWT dan syurgalah tempatnya. Maka, IBM cadangkan disini agar pengikut2, penyokong2 dan ahli2 tegar PAS supaya mengikut langkah si Lofti tu, pergilah berjuang di Syria. Di Malaysia ni, tak ada peperangan. Kalau nak berperang dengan orang Islam seperti orang-orang UMNO, kami orang2 UMNO bukannya kaki gaduh dan nak berperang dengan PAS. Cuma PAS sahaja yang menggangap kami-kami ini orang (UMNO) musuh depa. Dan, satu lagi cadang IBM. Kepada ahli2 PAS, suruh Tok Guru korang tu Pok Nik Ajis pergi berjuang kat Syria ganti tempat si Lofti tu. Haiskan usia tuanya disana. Daripada melalak sana-sini asyik cari salah UMNO/BN, elok rasanya Pok Nik ke Syria. Mati berjuang disana, mati syahid dan syurgalah tempatnya. kan itu yang Pok Nik nak? Huhuhuhu...Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...