Tuesday, September 2, 2014

PENGHASUT RAKYAT SABAH SUDAH DIKENAL PASTI!

SELASA, 02 SEPTEMBER 2014

SUMBER : 

Pasukan keselamatan telah pun mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut rakyat negara ini agar menuntut supaya Sabah keluar dari Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci kerana pihak polis akan membuat pengumuman mengenainya. "Benar (wujud cubaan menghasut rakyat). Kita telah kenal pasti. Tunggu tindakan dan pengumuman polis," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Segambut di sini hari ini. Pada Sabtu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Sabah agar tidak termakan hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat Sabah keluar dari Malaysia.


Timbalan Perdana Menteri yang mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak berkenaan berkata kerana perbuatan liar itu sangat berbahaya dan boleh memecah-belahkan perpaduan serta keamanan negara. Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail agar peka dengan gesaan akar umbi yang mahu pendakwaan segera diambil ke atas pihak yang menghina bangsa, agama dan institusi raja.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kegagalan Abdul Gani untuk berbuat demikian sedangkan isu berbangkit menyentuh hal-hal sensitif hanya akan menyebabkan kredibiliti kerajaan terjejas.


"Polis hanya menjalankan siasatan tetapi bidang kuasa Peguam Negara untuk menentukan ada pendakwaan atau tidak, tetapi beliau pun kena peka kerana kalau tidak rakyat akan menuduh wujud pendakwaan terpilih. "Saya bukan hendak membela polis atau mencari salah mana-mana pihak tetapi dalam hal sensitif seperti agama, bangsa dan institusi diraja ini perlu tindakan tegas dengan segera," katanya.

P/S ~ IBM setuju dengan apa yang di katakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya pihak Polis mengumumkan bahawa memang sohih dan benar ada anasir dan suara-suara yang berura-ura serta menghasut rakyat Sabah keluar datri Malaysia. Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahalan dan juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh tun Said seperti tetera gambar diatas. Ini adalah satu hasutan yang amat-amat merbahaya. Maka, Polis harus bertndak segera dan alhamdulilah seperti apa yang dikatkan oleh DS Hamidi, dalang dan penghasutnya sudah di kenal pasti. Cuma menunggu langkah seterusnya dari polis negara. Hapuskan semua petualang dan musuh negara. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...