Tuesday, September 23, 2014

AKHIRNYA DAPAT JUGA AZMIN JADI MB SELANGOR KE-15.

SELASA, 23 SEPT 2014

SUMBER.....


AKHIRNYA cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor berjaya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Alam Shah, hari ini. Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.40 pagi.
Memakai baju Melayu hitam lengkap bersongket emas, Azmin tiba di Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi bersama isteri, Shamsidar Taharin. Pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Gombak yang kelihatan tenang itu menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin. Azmin, 50 mendapat perkenan Sultan Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan selepas berhadapan masalah dalaman PKR hingga dipecat. Pelantikan Azmin sekali gus menamatkan kemelut politik bagi perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat untuk mengisi kerusi tersebut.


Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan menghadap Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu. Selain Azmin, dua calon lagi adalah ADUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. Tapi, dalam firasat IBM, walaupun isu MB Selangor telah selesai, namun isu dalaman Pakatan Rakyat (PR) akan terus bergolak. PAS. DAP & PKR akan terus bercakaran sesama sendiri dan ini akan menjejaskan prestasi Azmin sebagai MB Selangor yang baharu. Maklumat ini IBM dapat dari sumber dalam parti PAS yang masih tidak puas hati di dalam beberapa perkara.

Apapun kita tunggu dan lihat episod seterusnya dalam pakatan walaupun MB baharu telah dilantik yang mana Akhirnya Azmin dapat juga jadi MB seperti apa yang beliau cita-cita selama ini. Persoalanya, lama manakah Azmin akan bertahan sebagai MB Selangor? Tungguuuuu!. Wasallam ~ IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...