Thursday, September 25, 2014

DENDAM PUNYA PASAL, ZURAIDA@MAK LAMPIR HASUT MB BAHARU AGAR KURANGKAN KERUSI EXCO UNTUK PAS.

KHAMIS, 25 SEPT 2014

SUMBER....
JAWATAN MB sudah dalam tangan, tapi dikalangan mereka masih lagi 'berperang', buruk sangka, dengki, dendam dan tak tahu lagi lah yang tersirap dihati mereka. Sumber yang IBM dapat hari ini, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin@Mak Lampir, mungkin menyimpan dendam terhadap exco PAS. Itu mengikut kata penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani. Zuraida semalam memberitahu beliau akan mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar bilangan kerusi exco PAS dikurangkan daripada sebelum ini. PAS sebelum ini diperuntukkan empat kerusi exco berbanding dua parti kompenan Pakatan Rakyat yang lain, masing-masing tiga kerusi sahaja. Azizuddin berkata Zuraida serta PKR harus terima hakikat bahawa PAS memenangi lebih kerusi berbanding PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekaligus melayakkan parti itu mendapat bilangan kerusi exco paling banyak. Tapi yang beliau nampak ada rasa nak balas dendam sebab sokongannya tidak diberikan oleh PAS sepenuhnya. 

Bagi Dr Mohd Azizuddin (gambar kecil kanan)  untuk mengekalkan hubungan yang baik dalam Pakatan dikalangan tiga parti ini beliau rasa Zuraidah tidak perlu persoalkan isu empat atau tiga kerusi ke, itu bukan isu fundamental. Fundamental sekarang ini dia kena fikirkan kalau nak jadikan kerajaan yang kuat kena adanya PAS dan memikirkan BN lah sebagai lawan yang perlu diambil perhatian. Kena terima dengan hati yang terbukalah apa yang berlaku ini. Zuraida pada Rabu bertegas PAS perlu menerima hukuman kerana enggan menyokong kedua-dua calon PKR iaitu Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk dicalonkan untuk jawatan Menteri Besar Selangor. PAS menyifatkan Azizah sebagai tidak layak untuk menggalas tugas itu dan bertindak mencalonkan beberapa nama termasuk ADUN PAS untuk dinilai Istana Selangor. Malah Azizuddin berkata Zuraida mahupun PKR harus berterima kasih kepada PAS kerana mengekalkan empat exconya sepanjang Selangor berada dibawah pemerintahan Menteri Besar peralihan, Tan Sri Khalid Ibrahim lebih dua minggu lalu. 

Tindakan PAS itu menyebabkan Selangor masih teguh dibawah pimpinan Pakatan Rakyat dan tidak jatuh ke tangan Umno BN. Kalau mahukan PAS kekal dalam PR untuk menubuhkan kerajaan yang mana PAS terlibat sama beliau rasa bukan isu untuk kurangkan wakil PAS, Exco PAS malah boleh kekalkan yang sedia ada, katanya. Jelasnya, isu yang berlaku di Selangor kini bukan hanya melibatkan PAS sebaliknya melibatkan semua pihak termasuk Istana. Isu yang melibatkan negeri Selangor ini bukan satu isu yang melibatkan PAS sahaja tetapi melibatkan semua iaitu PKR, DAP dan terutama sekali rakyatlah, tambahnya. Dalam isu ini, bolehlah IBM katakan bahawa Zuraida@Mak Lampir dan PKR memanglah pentingkan diri sendiri, dan PAS adalah mangsa yang senang diratah kerana itu kehendak PAS sendiri. PAS rela dicaci, dihina, dipekedua oleh rakan kongsinya, namun PAS tetap akan bersama mereka (Pakatan). Musuh utama mereka (PAS) adalah UMNO. Bagi IBM, mampu pi lah PAS. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...