Tuesday, September 9, 2014

DAPIG ADA CALON LAIN SELAIN WAN AZIZAH@NENEK KIPAS? SIAPA LE AGAKNYA YE??

SELASA, 09 SEPT 2014

MACAM tak percaya tetiba sahaja DAPig ni ada calon lain untuk jawatan MB Selangor. Sebelum ini beria-ia menentang, degil dengan satu calon sahaja, iaitu Wan Azizah. Hari ini DAP menyuarakan kesediaan menamakan calon tambahan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor sebagaimana yang dititahkan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah. Siapa le agaknya calon tu ye? Sumber yang IBM dapat dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf kepada baginda dan berkata beliau akan membincangkan semula isu senarai nama calon MB dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lim berkata keputusan untuk hanya mengemukakan nama Wan Azizah sebelum ini diambil selepas perbincangan dengan Anwar.

Kononnya keputusan (menghantar satu nama) adalah berdasarkan amalan sebelum ini dalam pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB dan juga akuan bersumpan 30 daripada 56 ADUN Selangor menyokong Wan Azizah, kata Lim. Lim berkata DAP tetap setia dan mendokong kepada institusi raja dan parti itu akan mengadakan perbincangan dengan Anwar mengenai titah Sultan Sharafuddin. Sumber menyatakan kenyataan Lim itu menyusul 24 jam selepas Istana Selangor menyifatkan DAP dan PKR biadap kerana hanya mencalonkan Wan Azizah sungguhpun Sultan Sharafuddin menitahkan supaya lebih dua nama dicalonkan. Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor, kata kenyataan Istana Selangor. 

Seperti yang kita semua tahu Kerusi MB kosong selepas Sultan Sharafuddin menerima peletakan jawatan Khalid berikutan pemecatannya daripada PKR bulan lalu. Khalid akan terus menyandang jawatan itu sehingga baginda melantik calon dari kalangan ADUN Pakatan Rakyat sebagai pengganti. Aduhai! bilalah kemelut MB ini akan selesai?..rakyat dah bosan dan jelak dengan isu MB ini yang sekali gus membuat rakyat rasa tertipu kerana kebajikan rakyat terabai dik krisis dalam Pakatan yang menjurus penderhakaan terhadap titah Sultan. Siapa yang derhaka? Anda semua tahu kan? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...