Wednesday, September 10, 2014

BETUL KE NIK AZIZ MENGGIGIL GILA BILA DENGAR SULTAN MURKA?

RABU, 10 SEPT 2014

SUMBER : 
SUSAH IBM nak percaya bila baca berita hari ini bahawa Mursyidul Am Pas, Pok Nik Abdul Aziz Nik Mat berasa bimbang, gusar dan takut apabila membaca laporan akhbar tempatan mengenai Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah yang murka terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana ingkar titah baginda dalam isu Menteri Besar Selangor. IBM rasa korang pun kurang percaya kerana Pok Nik ni memang terkenal dengan mulut celupar, lidah bercabang dan bapak kepada "U-Turn" di dalam PAS. Mengikut kata Pok Nik, perkara tersebut menyebabkan beliau tidak sanggup untuk membaca laporan hadapan akhbar yang menggambarkan kebiadaban kedua-dua parti itu. Malah beliau turut menyifatkan titah baginda itu sebagai satu amaran keras kepada pihak terbabit. Boleh percaya ke kata-kata Pok Nik ni?

Katanya lagi, beliau baca muka depan sebuah akhbar hari ini (semalam), perkataan 'derhaka' itu, beliau rasa geligut (mengigil ketakutan) tidak terbaca oleh beliau yang di bawah itu, kerana itu baharu sahaja raja sumpah, apa kata kalau Allah sumpah. "Alhamdulillah (DAP memohon maaf) dia ada hati perutlah tu, dia reti," katanya, semalam. Ekoran kurang ajar PKR & DAPig, Sultan Sharafudin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda pada 27 Ogos lalu supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada ins­titusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah­baginda. 

Sultan Sharafudin Idris Shah menerima senarai calon Menteri Besar daripada ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang namun hanya PAS yang akur titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama. Sementara itu sempat juga pemberita bertanya pada Pok Nik mengenai calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri esok, Pok Nik Aziz kata, PAS tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. "Siapa sahaja calon kita tidak gentar, kita tentang. Lawan tetap lawan, katanya. Apapun, BN sebagai penyandang, juga tidak gentar dengan PAS....kita pun lawan tetap lawan. Hidup BN! Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Memang cukup pantang golongan tua kita sekiranya biadap dgn Sultan dan Raja.

    Bagi pendapat saya apa TGNA luahkan sama juga reaksi yang akan ditunjuk oleh ibubapa saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IBM ~ Unknowan,

      Salam. Tq bro for the comments..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...