Monday, September 29, 2014

AISHAH TIDAK SABAR NAK JUMPA IBU....

ISNIN, 29 SEPT 2014

SUMBER....
ANAK mana yang tak rasa hiba bercampur gembira apabila mendengar ibu mereka akan dibebaskan dari penjara.  Beliau teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu, kata Aishah Azizul Raheem (gambar atas kiri bersama 3 orang adiknya), anak sulung Shalwati Norshal yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden. Aishah, 14, berkata, beliau bersyukur dan gembira apabila mengetahui ibunya akan dibebaskan dari penjara esok. Apa yang lebih menarik ialah kami semua akan dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama ibu, katanya kepada pemberita di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di sini hari ini. Dia berkata, dia dan adiknya Ammar, 13, Adam, 12, dan Ariff, 8, akan membuat kad ucapan khusus untuk menyambut ketibaan ibu mereka selain akan memberikan jambangan bunga. Sementara itu bapa Shalwati, Norshal Nordin, 70, berkata beliau bersyukur kerana anaknya akan kembali ke Malaysia. Sekurang-kurangnya anak beliau dapat balik bertemu keluarganya dan beliau berharap beliau dapat membina kehidupan lebih baik selepas ini, katanya. 

Akhbar melaporkan Shalwati akan dibebaskan esok selepas selesai menjalani hukuman penjara dan dijangka pulang ke Malaysia pada Rabu. Seperti yang kita tahu, pada 29 Mac lepas, beliau dan suaminya Azizul Raheem, seorang Pegawai Tourism Malaysia dijatuhi hukuman penjara kerana mendera anak-anak mereka sejak September 2010. Azizul Raheem kemudiannya dibebaskan pada 9 Julai selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan, manakala Shalwati seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dijatuhi hukuman penjara 14 bulan. Bagaimanapun hukuman mereka dikurangkan dengan masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada tempoh hukuman mereka. Syukur alhamdulillah. Bertemu dan bercantum kembali keluarga yang terpisah dik kerana kerena duniawe yang penuh dengan pancaroba. Moga keluarga ini dapat menjalani kehidupan yang baru dan hidup dengan aman damai. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...