Thursday, September 11, 2014

PENGECUT RUPANYA SI NIK NAZMI NI. TAKUT NAK KOMEN KENYATAAN NIK ABDUH PKR ADALAH 'PENGKHIANAT'

KHAMIS, 11 SEPT 2014
MEMANG soheh tak ada telo. Cakap je bergegar-gegar. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad dianggap tak telo dan 'pengecut' apabila enggan mengulas tuduhan PKR dan DAP adalah pengkhianat kepada PAS dalam isu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Alasan yang diberi kononya beliau tidak baca kenyataan penuh tersebut, jadi tidak adil untuk beliau nak komen, katanya kepada pemberita hari ini. Seperti yang tersibar di akhbar, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz membidas tindakan dua ADUN PAS yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tanpa memaklumkan kepada parti terlebih dahulu. ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin sebelum ini mengejutkan PAS apabila bertindak menyokong Azizah dengan membelakangkan parti. Kedua-dua wakil rakyat itu dikecam sebagai pengkhianat oleh rata-rata pemimpin dan ahli PAS. Sebagai seorang ahli parti yang setia kepada parti dan Presidennya, Nik Abduh mempertahankan tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pencalonan nama daripada parti itu bagi menggantikan Khalid. 

Malah beliau juga memuji cara Presiden PAS itu menangani dua jenis pengkhianatan yang dihadapi parti, iaitu pengkhianatan oleh ahli parti sendiri dan pengkhianatan dari luar oleh rakan Pakatan sendiri. Ketika diminta mengulas mengenai apakah reaksi PKR jika Sultan Selangor memilih pengganti Khalid di kalangan wakil rakyat PAS, Nik Nazmi berkata, apa-apapun keputusan iu akan dibawa ke meja mesyuarat Pakatan Rakyat. Parti akan hantar nama dan biasanya Tuanku akan terima. Di Selangor pernah terjadi baginda minta dua tiga nama, tetapi parti hantar satu nama sahaja dan Sultan terima. Majlis Pakatan Rakyat sudah ada keputusan yang mana kerusi MB terhadap PKR. Jika ada perubahan kita akan rujuk Majlis Pakatan Rakyat, ujarnya. PAS sebelum ini dilaporkan menghantar lebih daripada dua nama calon termasuk satu nama ADUN-nya sendiri sebagai calon Menteri Besar kepada Istana Selangor. Apa yang boleh IBM rumuskan disini, sudah tiba masanya PAS 'berambus' dari Pakatan Rakyat. Tidak ada huntungya. Malah PAS sendiri yang rugi asyik di buli oleh rakan kongsinya dalam pakatan iaitu PKR dan DAPig. IBM juga sarankan agar PAS tidak mengalah di dalam isu MB ini dan terima sahaja jawatan MB itu jika di pekenakan oleh Duli Tuanku Sultan Selangor. Pedulikan PKR, boleh mampus DAP. Dalam politik, hari ini musuh, esok boleh jadi kawan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...