Tuesday, September 9, 2014

ULAMA PAS BANTAI PKR KAW-KAW. KATANYA PEMIMPN PKR ADALAH 'PEMBOHONG BESAR', ANWAR PULA 'LIDAH BERCABANG'

SELASA, 09 SEPT 2014

SUMBER :
MAAF ye. Ini bukan IBM yang kata, tapi kenyataan dari seorang ulama Pas. Beliau hari ini 'memulangkan paku buah keras' kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan kekesalan terhadap sikap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kemelut Menteri Besar Selangor. Diberitakan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik begitu berang dan secara keras membidas semula kenyataan berkenaan dengan menyenaraikan lapan kekesalan rakyat dan penyokong PAS terhadap parti itu dalam kemelut tersebut. Beliau berkata, mereka kesal kerana PKR mempermainkan mandat rakyat dengan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tanpa sebab bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan berkenaan. 

PAS kesal dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan `Langkah Kajang' tiada kaitan dengan pertukaran Menteri Besar tetapi berlaku sebaliknya dan tindakan PKR mencipta projek `Langkah Kajang' tanpa persetujuan PAS serta komponen pakatan pembangkang," katanya menerusi status Facebook beliau hari ini. IBM rasa ramai yang dah baca kenyataan di akhbar-akhbar Nik Nazmi meminta Abdul Hadi menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau turut kesal dengan kenyataan berkenaan dan mahu Abdul Hadi menghormati keputusan Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Pimpinan Pakatan yang meletakkan Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan berkenaan. 

Mokhtar berkata, rakyat dan penyokong PAS juga kecewa terhadap penipuan Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyebut mereka sudah berbincang dengan Abdul Hadi di Terengganu tentang nama calon Menteri Besar Selangor tetapi sebenarnya memaksa Presiden PAS itu menandatangani surat sokongan kepada satu nama sahaja iaitu Wan Azizah. Dakwanya, perkara lain yang dikesalkan adalah penipuan PKR yang menyebut bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengkhianati wang rakyat tetapi sehingga kini gagal membuktikan fitnah tersebut. Para ulama PAS juga kesal dengan PKR apabila masih gagal menyatakan bukti penafian terhadap 'Dokumen Langkah Kajang' yang tersebar sebelum ini yang dianggap mengkhianati PAS. 

Hari ini sudah masuk hari ke-19 dokumen tersebut tersebar,'' ujarnya. Tambah beliau, sikap 'lidah bercabang' Anwar dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Pas berkehendakkan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri sedangkan mereka terlebih dahulu berjumpa Ahli Parlimen Gua Musang itu tetapi gagal juga dikesali oleh penyokong PAS. Selain itu katanya, mereka kesal dengan sikap PKR tidak menghormati konsensus pakatan pembangkang yang bersetuju menjunjung institusi beraja berikutan masih berdegil mengikuti arahan istana Selangor dalam isu penggantian Menteri Besar. Maka, kesimpulannya, IBM merasakan bahawa PAS tidak lagi boleh duduk sebumbung dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat. Jalan yang paling selamat ialah, PAS keluar dari Pakatan dengan 'talak tiga'. 

Kepada para ulama PAS, IBM hanya nak ingatkan supaya PAS tidak tertipu lagi dan dipekudakan oleh PKR dan DAP. IBM juga mengharapkan supaya PAS dan para ulama menghentam di akhbar-akhbar tempatan. Buktikan dan bertindak cepat supaya tidak dipermainkan lagi oleh PKR dan DAP. Fikir-fikirkan. Sememangnya pemimpin-pemimpin PKR malah pemimpin-pemimpin DAP pun adalah 'kaki penipu dan pembohong besar', cakap tak serupa bikin. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...