Wednesday, September 24, 2014

WALAUPUN DILANTIK MB SELANGOR YANG BAHARU, AZMIN TAK DAPAT SELAMATKAN PR, MALAH DIPERLEKEHKAN & DIPERTIKAIKAN...TAK CAYA?...

RABU, 24 SEPT 2014

SUMBER....
MAAF semua ye. Ini bukan IBM punya rekaan atau statement tentang perihal Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali. Mengikut sumber berita yang IBM baca pagi tadi dari sebuah blog pro kerajaan membuat tafsiran, walaupun baru sahaja menduduki kerusi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mula berhadapan cabaran apabila keupayaan dan kepemimpinannya diperlekeh dan dipertikaikan. Perkara itu disuarakan oleh seorang pemimpin Umno dengan lantang yang menyuarakan pandangannya menerusi laman blognya menganggap Azmin tidak akan mampu  menyelesaikan kemelut perpecahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat yang kini di tahap kronik. Itu pandangan peribadi oleh Ketua Umno Bahagian Cheras. Malah, Datuk Syed Ali Alhabshee juga berpendapat, Azmin umpama ‘budak suruhan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan menimbulkan krisis politik berpanjangan dalam parti itu. Beliau juga tidak menolak kemungkinan Azmin atas nasihat Anwar akan ‘mempermainkan’ PAS dalam pelantikan Exco Kerajaan Selangor. 

Pelantikan Azmin sebagai MB Selangor bukan sahaja mencetuskan konflik perpecahan Pakatan Rakyat yang baharu, tetapi juga menimbulkan kemarahan penyokong Dr Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), juga puak ulama dalam PAS yang mahu pemimpin parti itu mengganti tempat Khalid. Beliau juga percaya puak-puak yang menyokong Dr Wan Azizah dalam PKR tidak akan senang dengan Azmin dan akan melakukan sabotaj dalam parti itu. Jesteru, Datuk Syed Ali mahu tanya di sini mana Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Badrul Hisham Shaharin akan letak muka bila Azmin dilantik MB?, katanya dalam entri terbaharunya di umnobahagiancheras.blogspot.com. Dalam pada itu, semalam, Selasa, sebaik selesai majlis angkat sumpah jawatannya, Azmin menganggap cabaran besar yang perlu dihadapinya adalah untuk menyatupadukan semua parti dalam Pakatan Rakyat bagi melancarkan proses pentadbiran negeri berkenaan. Langkah itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu untuk memastikan keperluan rakyat dapat dipenuhi. 

Bagaimanapun, menerusi entrinya yang IBM baca, Syed Ali menambah, Azmin juga tidak akan mampu menyelamatkan Pakatan Rakyat yang ketika ini berhadapan situasi retak menanti belah itu. Kalau PKR boleh membelakangkan PAS dalam membuat keputusan besar antaranya isu 'Langkah Kajang' dan calon MB Selangor tidak mustahil parti itu akan melantik mana-mana wakil rakyat PAS yang senada dengan parti itu sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas ini, ujarnya. Menurut Syed Ali lagi, Pakatan Rakyat bukannya sebuah pertubuhan yang berdaftar tetapi sekadar persefahaman politik untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum. Dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai dasar yang jelas untuk membangun rakyat dan negara selain bercita-cita besar mahu menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri, katanya. Tapi, tuhan tidak mengizinkannya. Anwar terus kempunan, Azmin yang tersenyum lebar. Huhuhu...Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...