Friday, September 5, 2014

PAS MB SELANGOR YANG BAHARU? TUNGGUUUUUU!

JUMAAT, 05 SEPT 2014

KEMELUT MB SELANGOR :

KRISIS Menteri Besar Selangor memasuki episod baharu apabila Pas hari ini mengesahkan telah menghantar tiga nama sebagai calon untuk jawatan itu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. IBM difahamkan ADUN Pas yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali. Berikutan perkembangan tersebut, kemungkinan untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu akan diisi oleh wakil Pas adalah amat besar. IBM beranggapan begitu kerana berdasarkan situasi sebelum ini, Istana Selangor dilaporkan menolak calon yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui 'kawalan jauh', dipercayai merujuk kepada Wan Azizah@Nenek Kipas manakala Azmin pula dari awal lagi menolak untuk namanya dipertimbangkan oleh Sultan Selangor. 

Mengikut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali seperti dipetik daripada portal rasmi Pas, Harakahdaily hari ini memberitahu, senarai nama itu dihantar berikutan titah Sultan Selangor supaya Pas, PKR dan DAP menghantar lebih daripada dua nama. Buat masa ini (pengumuman) nama (calon Menteri Besar Selangor) itu biarlah dulu. Jadi (pihak kami menghantar) lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga, katanya. Waema PAS ke PKR jadi MB yang baharu, Pakatan Rakyat dilihat sudah menghampiri untuk runtuh menyembah bumi. Maka, segala impian Anwar dan geng-gengnya untuk menawan Putrajaya, musnah berkecai. apa yang menunggu Anwar sekarang ialah untuk terus menuju ke penjara Sungai Buloh. Disanalah tempat si Nuar bersemayam. PAS pula, tersenyum dan kekal dengan tradisi permainan kotor mereka iaitu pakar U-Turn. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...