Friday, September 12, 2014

CALON BN BERENTAP DENGAN KONTRAKTOR BINAAN PAS PADA PRK PENGKALAN KUBOR. HUHUHU!

JUMAAT, 12 SEPT 2014

SUMBER :

INILAH dia calon PAS yang akan berentap dengan calon BN pada PRK Pengkalan Kubor nanti. Berkerja sebagai kontraktor binaan, Wan Rosdi Wan Ibrahim diumumkan sebagai calon PAS yang akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor 25 September ini. Berusia 57 tahun, Wan Rosdi adalah anak tempatan yang berjaya dan berpengalaman di negeri Kelantan. Pengumuman dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sehari selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan Mat Razi Mat Ail, 49, untuk bertanding di DUN tersebut. Beliau berkata Wan Rosdi dipilih selepas meneliti latar belakang dan pengalamannya yang dikenali masyarakat tempatan. Beliau boleh menjadi wakil rakyat kerana kerja-kerja wakil rakyat yang telah dilaksanakan oleh beliau.
 
Atas pengalamannya yang sentiasa mendampingi rakyat selama ini menjadi faktor utama untuk beliau terus berkhidmat kepada rakyat, katanya pada majlis perisyitiharan calon PAS bagi PRK Pengkalan Kubor di Kampung Geting malam semalam, Khamis. Hadir sama Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pimpinan tertinggi PAS negeri dan Naib Ketua PKR negeri Profesor Madya Saharun Ibrahim. Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, selain keperibadiannya yang sederhana, Wan Rosdi juga banyak terlibat dalam penyusunan program-program dalam parti dan pentadbiran negeri. Apapun, siapa sekali pun calon PAS, kita BN sebagai penyandang, akan lawan dan tetap lawan. Mari kita ramai-ramai turun padang bagi membantu calon BN kita dan pastikan kerusi DUN Pengkalan Kubor tetap akan kekal milik kita, BN. Insyallah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...