Friday, September 19, 2014

KECOH! MUKTAMAR PAS KECOH GARA-GARA PERWAKILAN GUNA DOA SERANG MAT SABU@MAT SABUN!!..HUHUHU!!

JUMAAT, 19 SEPT 2014

SUMBER.....
INIKAH yang dinamakan parti Islam?. Parti yang memperjuangkan agama islam, parti yang mendindik ahli-ahlinya beriman tinggi untuk menuju ke jalan syurga?. Dan, parti yang memberi jamin kepada ahli-ahli dan juga pengikutnya, menjanjikan syurga sudah tentu didalam tangan. Tapi, tidak seperti apa yang kita jangka. Rupa-rupanya PAS adalah tak ubah seperti sebuah parti 'samseng jalanan'. Buktinya, gara-gara menggunakan doa sebagai medan untuk 'mengutuk' Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan beberapa individu lain, perwakilan Wilayah Persekutuan, dibidas kerana mempersendakan agama membuat muktamar PAS menjadi kecoh. Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, perwakilan Kedah, Ridzwan Abu Bakar bertindak merampas mikrofon ketika sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini. Ridzwan menuntut Pengerusi Tetap PAS, Datuk Abu Kassim Abdullah supaya membuat keputusan berhubung tindakan wakil Wilayah Persekutuan, Dr Azhari Ariffin. 
Beliau berharap Pengerusi tetap buat ruling mengikut peraturan muktamar tentang sikap perwakilan Wilayah Persekutuan yang menggunakan doa sebagai saluran untuk menyerang orang. Adakah ini adab dalam berdoa? Adakah ini dibenarkan dalam Islam kerana gunakan doa untuk serang orang lain. Pentas muktamar sepatutnya digunakan untuk membahas perkara dasar parti, katanya. Terdahulu Azhari mengambil masa hampir 30 minit iaitu melebihi tempoh yang dibenarkan untuk setiap pembahas berucap. Sejak awal ucapannya, Azhari mengajak peserta muktamar untuk menadah tangan berdoa supaya Allah memberi petunjuk kepada Mat Sabu. Turut menjadi mangsa 'serangan' Azhari ialah dua wakil rakyat PAS Selangor, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) kerana membelakangkan parti apabila menyokong pencalonan tunggal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor. Azhari turut menyifatkan Saari dan Hasnul sebagai ejen perosak dalam PAS apabila menggelarkan mereka umpama 'nila'. 
Walaupun beberapa kali cuba dihalang Pengerusi Tetap supaya menamatkan doa yang semakin meleret-leret, Azhari bagaimanapun enggan mengendahkannya. Akhirnya drama itu diredakan Pengerusi Tetap apabila memaklumkan bahawa isu yang dibangkitkan Azhari akan dijawab kepimpinan PAS Pusat pada sesi penggulungan esok (Sabtu). Kesimpulannya, Islamkah Parti PAS?...Kalau satu ketika dahulu, Mursyidul Amnya, Nik Aziz mendoakan orang UMNO supaya 'pecah perut', dan banyak lagi. Kini, ianya sudah terkena pada muka depa (pemimpin PAS) sendiri. Tuhan itu adil, tuhan akan balas kembali kepada PAS seperti apa yang PAS telah lakukan kepada orang-orang UMNO. Sekarang rasakan. PAS sedang menuju kehancuran. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...