Wednesday, September 10, 2014

ISU MB : APA MOTIF PKR ENGGAN BUKA MULUT? ADAKAH PKR AKUR TITAH SULTAN ATAU MASIH NAK CALONKAN NENEK KIPAS??

RABU, 10 SEPT 2014

SUMBER : 

SERIBU tanda tanya@persoalaan? Kenapa PKR enggan membuka mulut berhubung senarai nama calon Menteri Besar Selangor, samaada akur pada titah Sultan Selangor yang mahukan lebih dua nama atau tetap hanya menamakan calon tunggal mereka, Wan Azizah Wan Ismail@Nenek Kipas. Kesemua pimpinan tertinggi termasuk Azizah, Ketua Umum, Ibrahim dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution yang ditemui selepas mesyuarat biro politik malam tadi enggan mengulas lanjut berhubung perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Menikut sumber yang IBM dapat, Wan Azizah yang juga Presiden PKR, hanya mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat kepada pihak istana pada Selasa sebagai maklum balas kepada surat istana yang dihantar 3 September lalu. Kita hantar surat kepada tuanku memohon ampun dan maaf, merafak sembah dan itu satu amalan biasa (untuk jawab surat baginda). Itu untuk pihak baginda lihat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat biro politik, semalam. Saifuddin mengesahkan perkara itu namun memberitahu beliau langsung tidak mengetahui butiran dan kandungan surat yang dihantar Azizah kepada istana. Surat la, respon kepada istana.. 

Katanya, surat dah hantar. Presiden yang tanda tangan. Menurut Saifuddin, beliau pun tak tahu kandungan surat itu. Yang beliau tahu surat dihantar siang tadi (semalam). Dalam mesyuarat tersebut, Presiden maklumkan surat telah dihantar, dan istana cop mengesahkan terima, katanya kepada pemberita. Pihak istana pada 3 September lalu telah menghantar satu surat 'peringatan' kepada PKR disebabkan kedegilan parti itu yang tetap menamakan Azizah sebagai calon menteri besar, walaupun dititah untuk menghantar lebih daripada dua nama untuk penilaian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Berikutan mendapat surat amaran tersebut, PKR pada malam hari yang sama mengadakan sidang media dan memaklumkan akan membincangkan perkara tersebut serta berjanji akan memberi respon kepada pihak istana dalam tempoh 48 jam. Bagaimanapun PKR hanya membalas surat istana tersebut semalam. Nampaknya keegoan PKR masih terserlah. Enggan komen dan buka mulut bermakna PKR ada agenda lain yang tersorok. Siapa tak kenal PKR ni. Ye Tak? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...