Monday, September 8, 2014

ISKANDAR NAFI DIPANGGIL MENGADAP OLEH SULTAN SELANGOR HARI INI...BOLEH PERCAYA KE?

ISNIN, 08 SEPT 2014

SUMBER :
YANG mana satu betul ni. Sumber yang IBM dapat, memang pihak Istana ada memanggil Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Ab Samad mengadap Baginda ke Istana hari ini. Tapi, dinafikan. Laporan bahawa beliau dipanggil menghadap Sultan Selangor untuk ditemubual sebagai calon Menteri Besar tidak benar, kata Iskandar.  Besok pun tak ada (menghadap), lusa tak ada, minggu depan pun tak ada. Itu semua khaar-khaar angin, kata Iskandar juga memberitahu jadualnya padat dan sehingga kini beliau masih bermesyuarat dan akan membuat lawatan ke sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) petang ini. IBM terbaca pagi tadi didalam sebuah portal melaporkan tiga ADUN PAS akan dipanggil menghadap Sultan Selangor bagi ditemuramah baginda, secara bergilir-gilir. Tiga ADUN itu adalah Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Yunus Hairi. Kalau soheh berita yang IBM dapat ni, kenapa pula PAS takut nak berterus-terang? Takut kena pancung dengan PKR & DAPig ke? atau PAS masih tak ada telo masih mahu dipekuda-kudakan oleh rakang kongsi mereka ialait PKR & DAP? Mana maruah PAS ni?

Sementara itu IBM dapat tahu, Setiausaha sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani menyatakan bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan PKR dan DAP sebagai biadap kerana ingkar titahnya sebelum ini yang mahukan tiga parti komponen Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk dinilai sebelum diangkat menjadi Menteri Besar. Setakat ini hanya PAS yang akur dengan titah baginda. Bagaimanapun tindakan PAS itu dicemuh PKR dan DAP sebagai tidak bersama dalam keputusan yang ditetapkan Pakatan Rakyat. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata PAS bertindak menghantar lebih daripada dua nama calon Menteri Besar Selangor hanya kerana mahu akur pada titah Sultan. Apapun, kita tunggu dan lihat sejauh mana kedegilan dan keangkuhan PKR dan DAPig yang kononnya akan menolak calon PAS yang dipekenankan oleh Sultan Selangor sebagai MB Selangor yang Baharu. Mereka akan protes dan buat undi tak percaya. Tak derhaka ke namanya tu? Mungkin perkara derhaka ini perkara kecil bagi PKR dan DAP?  Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Apalah salahnya berterus terang pd yg benar..mamat ni poyo jugak..belum jd MB dah nk berbohong...perasan la luu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. IBM ~ MoonHead,

      Salam bro.
      Itulah perangi semula jadi org PAS. Memang HAMPEHHH!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...