SUMBER....
ESOK dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipanggil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan isu berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid daripada parti itu. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan memberi keterangan di ROS, Putrajaya pada Rabu. Apa le agaknya alasan yang mereka akan beri? Menurut sumber, kedua-duanya akan ditemani peguam, Ragunath Kesavan di mana temujanji ROS dengan Saifuddin ditetapkan pada pukul 2 petang, manakala Dr Wan Azizah pula pada pukul 2.30 petang. Ragunath ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan tarikh dan waktu berkenaan dipersetujui pihak terbabit. Ini, sudah tentu arahan dari Anwar Ibrahim. Surat ROS memanggil kedua-dua pemimpin PKR itu diterima lebih awal, tapi, atas kesibukan masing-masing tarikhnya dipinda dan akhirnya dipersetuji untuk diadakan esok (Rabu), katanya.
Sebelum ini, ada aduan dikemukakan terhadap Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan berhubung keputusan memecat bekas Menteri Besar Selangor itu. Bulan lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dipanggil ROS untuk menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin parti itu dan buku kehadiran ahli jawatankuasa pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat. Apa juga keputusan yang akan dibuat oleh ROS, kita sama-sama tunggu. IBM percaya, Wan Azizah & Saifuddin telah bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang akan ROS tanya, kerana segala-galanya telah diatur oleh penguam mereka. Terbelakah Khalid Ibrahim, dan sekiranya ROS dapati PKR menyalah gunakan kuasa memecat Khalid, adakah Khalid akan kembali ke pangkuan PKR? Jawapanya ada pada Khalid. Wasallam ~ IBM