Tuesday, September 23, 2014

SAYA TAK AKAN JADI MB 'REMOTE CONTROL', KATA AZMIN, BETUL KE TU?...HUHUHU!

SELASA, 23 SEPT 2014

SUMBER....
BOLEH percaya ke cakap si Azmin ni? Masih baru bolehlah cakap apa saja. Nanti bila dah bertapak dan rasa besar kepala tak siapa boleh larang. Kenyataan  Menteri Besar Selangor baharu Azmin Ali di sidang akhbar hari memang meragukan. Betul, beliau akan menjalankan tugas mengikut Perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor. Malah beliau memberi jaminan tiada mana-mana pihak akan mengawalnya dalam melaksanakan tugas mentadbir kerajaan negeri. Itu kata-kata untuk menyedapkan semua orang. Katanya beliau berpandukan kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri dan juga dasar yang diluluskan oleh Pakatan Rakyat yang perlu dilaksanakan,tapi, bagaimana dengan 'malaun' sekor tu yang sentiasa menunggu masa untuk bertindak.  Janji Azmin itu didengar pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pentadbiran beliau akan dikawal oleh parti atau individu tertentu. Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar 'kawalan jauh' apabila dikawal oleh suaminya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau memegang jawatan itu. Apabila persoalan sama diajukan kepada Azmin, beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya ditimbulkan kerana keputusan pemilihan Menteri Besar sudah dibuat. Beliau sudah pun mengangkat sumpah jadi beliau akan bekerjasama dengan semua parti bagi memastikan apa yang dijanjikan kepada rakyat ditunaikan, katanya. Betul ke ni Azmin? Apapun, sama kita lihat sejauh mana kebolehan Azmin sebagai seorang Menteri Besar yang baharu mentadbir negeri yang terkaya di Semenanjung dan adakah 'remote kontrol' akan menghantui Azmin? Kita tungguuu! Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...