SUMBER :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tiga tahun lalu memutuskan Unit Amal PAS tidak perlu mendaftar dengan Pendaftara Pertubuhan (ROS), ujar Pengarah Jawatankuasa Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Noorazmir Zakaria. Justeru badan itu tidak akan terdedah kepada tindakan yang dikenakan ke atas Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang baru-baru ini, ujarnya. Ahad lalu, seramai 154 anggota PPS ditahan polis kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan ROS. "Tiga tahun lepas saya sendiri kendalikan kes tersebut berkaitan dengan demonstrasi mansuhkan ISA di mana beberapa petugas ditahan dan didakwa di mahkamah. "Dalam kes tersebut mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan pihak kami berjaya mengenepikan kes itu di peringkat pendakwaan lagi di mana mahkamah putuskan pihak pendakwa gagal memutuskan kes itu secara prima facie bahawa perlunya mereka ini didaftar di bawah RoS.
"Sekiranya kes ini dibawa sekali lagi ke mahkamah, ia akan terhalang selepas diputuskan secara prinsipal di mahkamah," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. Ini sekaligus menepis kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengatakan berkemungkinan Unit Amal PAS juga akan dikenakan tindakan kerana tidak berdaftar dengan RoS. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang hadir sama dalam sidang media itu berkata Unit Amal berada di bawah sayap Dewan Pemuda dan segala aktivti tahunannya diserahkan kepada RoS. "Saya minta supaya Zahid lebih terbuka dan saya bersedia untuk bersemuka dengannya untuk memberikan penerangan sekiranya perlu baginya lebih faham peranan Unit Amal.
"Dari segi perundangan, Unit Amal tidak perlu didaftar di bawah RoS kerana penubuhannya di bawah Dewan Pemuda PAS di bawah perlembagaan PAS Fasal 54(9)(d) menyebut tugas Pemuda PAS untuk membentuk lajnah yang difikirkan perlu dan melantik ahlinya dengan persetujuan mesyuarat. Unit ini boleh ditubuhkan dengan lajnah yang diizinkan di bawah perlembagaan PAS. Itu jelas. Setiap tahun aktiviti Unit Amal dilaporkan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS dan diwajibkan dihantar kepada RoS. Sudah 23 tahun sejak wujudnya Unit Amal, laporan aktiviti dan program dilaporkan kepada RoS," katanya. Kesemua anggota pasukan tersebut termasuk tujuh wanita akan disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan.
P/S ~ Biarlah apa PAS nak cakap. Mungkin PAS ingat undang-undang negara ini bapak depa yang punya. Lagi pun PAS dengan DAPig kan ke saudara kembar. Jadi, apa DAP kata, apa DAP buat dan apa DAP suruh, PAS akan turut. Al-maklumlah PAS adalah kuda tunggang DAP dan PKR. Mampus pi lah korang PAS. Bodoh macam lembu dan nak tunjuk kuat tak bertempat. HamPAS macam sampah le korang. Wasallam ~ IBM