Tuesday, September 30, 2014

KESIAN NIK ABDUH. KENA 'SOUND' DENGAN PEMUDA PAS. HUHUHU!!

SELASA, 30 SEPT 2014

SUMBER....
NAMPAKNYA pergeselan dalam PAS berterusan. PAS kini tidak lagi dihormati oleh sayapnya, Pemuda. Semalam, Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir  (gambar bawah kanan) menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP. Mesej tersebut seolah-olah Pemuda lebih gah dan cerdik dari parti induknya. Rosli menegur Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan. Memberi contoh, PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi. Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja, katanya dalam kenyataan hari ini. Ini berikutan kenyataan anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dalam tulisannya di media sosial Facebook semalam mendakwa PAS kini menjadi mangsa buli PKR dan DAP sehingga dibenci oleh penyokong sendiri.
Menurut Nik Abduh, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi. katanya. Tulisan Nik Abduh itu dipercayai merujuk kepada pergeseran krisis Menteri Besar Selangor sehingga membawa kepada pemecatan ahli majlis Pulau Pinang daripada PAS minggu lalu. Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya. Tugasan selaku AJK PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tugasan selaku ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen. Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka, katanya. Katanya, tidak guna jika Nik Abduh mengadu dalam media sosial mengenai PAS dibuli PKR dan DAP. 
Sebaliknya menegaskan, jika benar ada bukti PKR dan DAP melanggar syarat tahaluf siyasi (kerjasama) yang digariskan, maka Nik Abduh perlu mengemukakannya ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Beliau turut menyifatkan beberapa kritikan Nik Abduh terhadap DAP itu sebagai kurang bijak dan tidak berhemah. Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) baru sahaja menegaskan di dalam muktamar lalu bahawa PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat. Jika beliau tidak dapat membawa sebarang bukti, seharusnya beliau menjunjung tinggi penegasan Presiden itu. Bukanlah berhemah namanya. 'Jika tiba-tiba DAP jadi kawan Umno' sedangkan soal DAP mahu jadi kawan Umno atau tidak itu adalah soal DAP sendiri, bukan soal PAS, katanya. Maka disini, bolehlah kita mengambil kesimpulan bahawa suara Pemuda PAS perlu didengari dan suara dari PAS pusat mestilah berhemah. 
Maka, ianya bermakna, PAS pusat seakan-akan tidak lagi 'relevan' dan akan terus dipermainkan oleh rakan-rakan kongsinya seperti PKR & DAPigs, dan kini Pemudanya sendiri. Pemudanya sudah hilang hormat kepada PAS Pusat. Oleh itu, IBM cadangkan PAS tutup kedai dan pemimpin-pemimpin PAS disaran supaya berhenti dari 'berpolitik'. Huhuhu....Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...