Thursday, September 25, 2014

PANAS! PENULIS BLOG DIREMAN BANTU SIASATAN HINA INSTITUSI DIRAJA & POLIS...MASAK LE KO!

KHAMIS, 25 SEPT 2014

SUMBER.....

KAN dah kantoi. Tak ada penyakit cari penyakit. Sumber menyatakan Polis, semalam, Rabu mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menghina institusi diraja dan polis menerusi sebuah laman blog. Majistret Salina Omar mengeluarkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap lelaki berusia 29 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen4 (1)(a) Akta Hasutan 1948. Peguam lelaki berkenaan, New Sin Yew ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata lelaki tersebut yang ditahan pada Selasa, di Shah Alam, Selangor diperlukan polis untuk siasatan lanjut berhubung beberapa kenyataan yang dibuat menerusi blog berkenaan. Katanya, lelaki itu ditahan selepas polis bertindak atas laporan yang dibuat orang awam pada 11 Jun 2013 mengenai blog berkenaan. Polis memberi alasan perintah reman itu adalah bagi memberi masa untuk polis merakamkan keterangan, menguruskan barang kes serta mengesan rakan sekutu yang terbabit, katanya.

Terdahulu, lelaki yang memakai baju T berwarna putih (gambar atas) itu tiba di perkarangan mahkamah di sini, kira-kira jam 2.30 petang dengan diiringi anggota polis. Kadang-kadang IBM hairan juga. Kenapalah mereka-mereka ni, penulis blog (pro pembangkang) menulis yang bukan-bukan, menghina, menfitnah, mencaci-hamun kepada institusi diraja dan juga Kerajaan? Apa yang mereka dapat? Kepuasan?...upah?. elajarlah jadi manusia dan penulis yang berhemah, tulislah kepada perkara-perkara yang berfaedah. Untuk buat komen kepada kerajaan, tiada masalah dan tiada menjadi kesalahan, tetapi, komenlah yang bernas, buka maki hamun dan tabur fitnah. Ahaa!...sekarang terimalah akibatnya. Bangang punya penulis blog pro pembangkang ni. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...