SUMBER :
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikatakan merampas lebih 300 naskhah akhbar Suara Keadilan di Kedah baru-baru ini. Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan laporan Akhbar Suara Keadilan itu bersabit isu krisis pelantikan Menteri Besar Selangor yang turut membabitkan Istana Selangor. KeadilanDaily melaporkan rampasan itu dilakukan di Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas. Akhbar keluaran 189 itu antaranya melaporkan isu sekitar krisis Menteri Besar Selangor di muka depan dengan judul “Kekal satu nama, tidak berubah”. Ia dihias dengan gambar Presiden PKR Datuk Seri Azizah Ismail, yang juga calon baru Menteri Besar, merafak sembah Sultan Selangor. Laporan muka depan Suara Keadilan itu turut memaparkan tajuk kecil berbunyi "Akta Hasutan: Muhyiddin Sahkan Najib Berbohong".
Nampaknya, pakatan dah kehabisan modal. Kerja depa sekarang hanya menghasut dan menghasut. Amalan politik kotor mereka akan berterusan kerana ianya sudah sebati didalam jiwa mereka dan sudah jadi 'darah daging' mereka. Jadi, bayangkan sekiranya 'akta hasutan' di hapuskan. Apa akan jadi pada negara kita ini? IBM yakin, dah tentu hura-hara dibuatnya. Pembangkang akan mengambil kesempatan dan akan menghasut dan membutakan mata rakyat dengan berbagai gaya dan cara. Percayalah, pakatan haram ini tidak akan serik-serik selagi kerajaan tidak bertindak tegas, dan kekalkan 'akta hasutan' kerana itu sahajalah senjata yang kerajaan kita ada sekarang. Tapi, gunakan akta tersebut dengan cara yang betul. Wasallam ~ IBM