SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

SUDAH menjadi asam garam Pakatan haram menafikan apa yang mereka kata dan telah lakukan. Mereka kaki fitnah, kaki spin dan mereka 'bapak' segala pakar. Semalam, Naib Presiden PKR, si janda muda ,Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua@Puaka menafikan terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka juga menegaskan tidak pernah bertemu dengan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo. Nurul Izzah berkata, beliau tidak pernah menjanjikan kontrak bernilai AS$2 juta atau RM8.65 juta kepada Justo dalam kontrak kerajaan akan datang apabila pembangkang berkuasa. Bagi pandangan IBM, ini isu besar. Isu yang melibatkan maruah negara dan komplot tersebut adalah 'pengkhianat' negara.
Kita semua tahu, kerja-kerja jahat seperti ini adalah kerja pembangkang. Mereka 'berak' dimerata-merata tempat, menabur fitnah, tapi menafikannya. Begitu juga dengan kes untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Sebaliknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menuding jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dikatakan menggunakan media yang dikawal kerajaan untuk mengelakkan diri daripada isu dana RM2.6 bilion. Bukan setakat itu sahaja, si janda muda ini menuduh itu adalah cubaan terdesak media kawalan BN untuk melarikan diri daripada isu sebenar skandal Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Perdana Menteri. Seperti biasa, setelah tertekan, si janda muda dan Tony Puaka memberi tahu mereka sudah mengarahkan peguam mereka untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap New Straits Times (NST) dan Berita Harian, katanya seperti dilaporkan sebuah portal pro pembangkang semalam.

"NEGARA AMAN DAMAI TANPA PEMBANGKANG YANG RAKUS, GILA KUASA"