Salam, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Sehati Sejiwa Dan Salam Aidil-Adha


Seperti biasa Peguam Eric Paulsen yang mewakili Khairuddin membuat komen bahawa penggunaan 'Sosma' terhadap Khairuddin adalah jelas satu penyalahgunaan undang-undang yang "zalim" itu. Menurut Paulsen, Sosma bertujuan untuk "mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan" untuk keselamatan persekutuan, dan tindakan itu sepatutnya untuk sementara sahaja. Bagi IBM, apapun komen dari Peguam si Khairuddin, pihat yang berwajib telah menjalankan tugas mereka kerana si Khairuddin ini dilihat membuat kesalahan yang boleh memudaratkan negara sekali gus mengundang dari campur tangan pihak asing, terutama negara Amerika Syarikat.

Beliau juga dilaporkan telah dijadual untuk mengadakan pertemuan dengan Biro Penyiasatan Persekutuan di Amerika Syarikat, yang telah dilaporkan membuka siasatan terhadap 1MDB. Khairuddin telah dibebaskan petang semalam tetapi ditangkap semula oleh pihak polis, kali ini di bawah Sosma. Baguslah tu. Moga Khairuddin tenang dan aman disana semasa beliau ditahan.
Biar dia berfikir panjang samada apa yang beliau buat ini benar-benar menafaat kepada beliau, dan apa ganjaran yang beliau dapat? Mungkinkah ada penaja dibelakang beliau?Ini berkaitan untuk 'mengulingkan kerajaan'. Dah pasti ada. Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya kes ini. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.