Thursday, September 24, 2015

BELUM PUN MENANG PRU 'PAKATAN HARAPAN' BERANGAN-ANGAN LANTIK ANWAR AL-JUB JADI PM. PUIIIII! ANGAN-ANGAN MAT JENING.

KHAMIS, 24 SEPTEMBER 2015
 Salam, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Sehati Sejiwa Dan Salam Aidil-Adha


PAKATAN PEMBANGKANG yang menamakan diri mereka 'Pakatan Harapan', dilihat seperti kumpulan yang 'sasau' dan berfikiran pendek. dan gila jawatan. Sebab itu PAS menyifatkan keputusan Pakatan Harapan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang sebagai perkara yang tidak realistik, tak masuk akal apatah lagi Anwar al-jub masih didalam penjara dan fakta umur juga tidak menyebelahi beliau (Anwar). Menurut Setiausaha Agungn PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar bawah), tindakan mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri juga tidak boleh dianggap satu keputusan konklusif kerana Penasihat PKR itu masih berada di dalam penjara. 
Perkara itu PAS telah bincang dalam mesyuarat semalam dan PAS telah mengambil ketetapan bahawa sesuatu keputusan yang mukta­mad mestilah sesuatu yang realistik. Maksudnya, dalam keadaan Anwar sekarang di mana, takkan boleh buat satu keputusan yang konklusif bahawa Anwar al-jub akan menjadi Perdana Men­teri, kata Datuk Takiyuddin. Diberitakan didalam sidang Meja Bulat Pakatan 2.0 semalam, Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembangkang masih menamakan suaminya sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya mentadbir negara. 

Wan Azizah berkata, pembangkang percaya Anwar merupakan pemimpin paling sesuai untuk mena­ngani pelbagai isu nasional seperti kemelut ekonomi, salah urus tadbir, kebajikan rakyat dan perpaduan kaum. Mengulas lanjut perkara itu, Takiyuddin meminta parti-parti pembangkang membuat keputusan yang lebih realistik dalam soal pemilihan Perdana Menteri. “Kita perlu berpijak di bumi yang nyata,” katanya. Tapi, itu tidak bagi pakatan harapan, kerana mereka masih menggangap bahawa mereka boleh memenangi PRU ke-14 nanti sekali gus memerintah negara. Tak ke itu 'angan-angan Mat Jening' namanya? Pakatan Harapan masih terus bermimpi, terus mengharap kepada yang belum tentu jadi 'realiti'. 
Mereka begitu angkuh, sombong dan yakin mereka akan menang. Apapun itu hak mereka untuk bersuara, dan hak mereka juga untuk menamakan siapa Perdana Menteri yang mereka mahu. Cuma, adakah rakyat akan merestuinya. Pakatan Harapan seolah-olah lupa kuasa mengundi terletak di tangan siapa? Anwar, Wan Azizah, Lim Kit siang, Lim Guan Eng...?? Bla..bla..bla....Sekian. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
 "PAKATAN HARAPAN" PAKATAN YANG TIDAK AKAN BERTAHAN LAMA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...