Tuesday, September 29, 2015

NASIB KHIR TOYO AKAN DIKETAHUI TENGAH HARI INI. TUNGGUUUUUUU!

SELASA, 29 SEPTEMBER 2015

SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
ADAKAH bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo akan lepaskan dan diperintahkan supaya menjalani program khidmat masyarakat sebagai menggantikan hukuman penjara? Persoalan ini akan terjawab pada Selasa apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman ke atas Dr Mohamad Khir, 50. Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada 1.30 tengah hari.
Pada 22 September, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 September - SUMBER.

UPDATE : HUKUMAN SATU TAHUN PENJARA TERHADAP KHIR DI KEKALKAN.
p/s : Andaikata ditakdirkan Mahkamah menolak dan mengekalkan hukuman, terimalah dengan tangan yang terbuka. Kepada Khir, dunia ini belum lagi kiamat. ambil iktibar apa yang berlaku kerana segala-galanya adalah ketentuan dari Allah SWT. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...