Wednesday, September 9, 2015

TPM KATA 'GO AHEAD'!!

RABU, 09 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

BELIAU tiada kuasa untuk menghalang ahli-ahli Umno yang ingin turun beramai-ramai di Bukit Bintang dan Jalan Petaling bagi menyertai 'Baju Merah' pada 16 September ini. Itu yang dilontarkan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ini. Ulang beliau, beliau tiada kuasa. Terpulang kepada ahli-ahli parti. Tambahnya lagi, beliau tidak menyurah dan juga menghalang. Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat ahli Umno tersebut yang terlibat dalam perhimpunan itu. Beliau juga tidak menyangkal Umno turut dijemput untuk menyertainya. Terang beliau, ianya dianjurkan oleh pihak NGO. Sudah semestinya NGO itu akan turut menjemput Umno. Katanya lagi semasa sidang media di Perdana Putra hari ini. Itu hak individu kepada ahli Umno berkenaan. 
DS Zahid selaku Menteri dalam negeri itu juga berkata beliau akan menyerahkan seratus-peratus kepada polis untuk  mengambil tindakan berhubung perhimpunan yang dinamakan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu. Kita akan serahkan 100% kepada pihak polis untuk ambil tindakan, termasuk untuk memberi permit, dan juga menjalankan operasi penguatkuasaan jika permit diberi, katanya. Tujuan dan matlamat perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bershit 4 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota. 
Bagaimanapun pengkritik melihat himpunan itu bakal menimbulkan kekecohan disebabkan lokasi dan slogan berbaur provokasi perkauman. “Himpunan Rakyat Bersatu” dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling. Kecoh ke, apa ke, perhimpunan tersebut mesti berjalan. Jangan kita melayu dikata lemah dan tidak bersatu. Melayu 'gagah di Nusantara'. Hidup Melayu, bangun Melayu! Wasallam. Dari saya ~ IBM
"TAK MELAYU HILANG DIDUNIA" HIDUP MELAYU"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...