Tuesday, September 1, 2015

HARGA PETROL, DIESEL TURUN HARI INI

SELASA, 01 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
BERITA yang mengembirakan untuk kita semua. Harga petrol RON95 dan RON97 untuk bulan September turun 10 sen seliter manakala diesel turun 15 sen. Penurunan yang berkuatkuasa pukul 12.01 tengah malam semalam menyaksikan harga baharu seliter RON95 dan RON 97 masing-masing RM1.95 dan RM2.35. Mengikut jurcakap dari Pengusaha Stesen Minyak Petron, harga diesel pula akan menjadi RM1.80 seliter. Maklumat yang kami te­rima, harganya menurun,” katanya. Pada bulan Ogos, harga runcit RON95, RON97 dan diesel ialah masing-masing RM2.05, RM2.45 dan RM1.95 seliter. 

Pada Julai pula, harga runcit RON95, RON97 dan diesel ialah masing-masing RM2.15, RM2.55 dan RM2.05 seliter. Tahniah kepada kerajaan. Bersih 4 tak nak protes ke tentang harga minyak ni? Mana le tahu kota-kota kerajaan menipu. Dan..IBM nak tanya, BERSIH 4. dah bersih ke semua di sekitar Ibu Kota dan tempat-tempat yang sewaktunya? Bila lagi BERSIH 5 akan menyusul? Huhuhuhu...bersihkan dulu hati busok korang tu. Wasallam. Dari saya ~ IBM

1 comment:

  1. Bila harga minyak jatuh, tak ada pulak yg berterima kasih. Dasar pembangkang kotor bak longkang. Mana yg dikatakan BERSIH sangat....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...