SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

MANA ada sikap hormat-menghormati sesama kawan di dalam pakatan haram. Apatah lagi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perasaan hormat pada kawan hanya mereka terjemahkan apabila tiba musim pilihan raya (PR). Begitulah yang PKR lakukan terhadap parti Islam Se Malaysia (PAS) sekarang ini. PKR seolah-olah merasakan mereka tidak perlu menjaga hati sekutunya, PAS apabila memandang mudah polisi untuk tidak menerima ahli daripada parti lain dalam pakatan pembangkang. Sifat semula jadi PKR yang arif dan pakar 'tikam Belakang' terus diterjemahkan kepada PAS.

Semalam, di akhbar-akhbar tempatan, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberitahu, tindakan berkenaan dilihat bercanggah dengan pendekatan pihaknya selama ini yang tidak menerima ahli-ahli dan wakil rakyat daripada PKR meskipun terdapat segelintir daripada mereka berminat untuk menyertai PAS sebelum ini. Tapi, PKR ada kesah ke? Seperti yang kita semua maklum, kelmarin (Ahad), Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan rasa bangganya mengumumkan Ahli Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai parti berkenaan, PKR.
Maka, terbuktilah PAS sekali lagi dipermain-mainkan oleh bekas rakan kongsi mereka, PKR dan terbukti juga bahawa PKR adalah pakar 'Tikam Belakang'. PAS, masih tak sedar diri, terhegeh-hegeh mahu bersama didalam pakatan haram. PAS memang jenis 'muka tak tahu malu'. Dan......PAS memang 'bacul'. Wasallam. Dari saya ~ IBM
"PAS DIKALDAIKAN OLEH RAKAN KONGSINYA, DULU, KINI DAN SELAMANYA"