Tuesday, September 1, 2015

RELEVANKAH GHB YANG DITERAJUI OLEH MAT SABU@MAT SABUN. DAN.....BERKUBURKAN PAS??

SELASA, 01 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

PERPECAHAN didalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semakin ketara selepas tertubuhnya Parti Amanah yang diterajui Mat Sabu calon yang kalah di dalam pemilihan PAS baru-baru ini. PAS kata mereka masih lagi merupakan sebuah parti Islam yang masih relevan. Begitu juga Mat Sabu dengan 'Parti Amanah'nya. Masing-masing menyatakan bahawa mereka mempunyai penyokong yang ramai dan berpengaruh. PAS mengikut sumber terdekat berkata, Parti masih kekal relevan dalam senario politik tempatan dan tidak akan tergugat selagi mendapat sokongan besar orang Melayu. Begitu juga dengan Mat Sabu dengan 'Parti Amanah'nya. Kata Mat Sabu, mereka juga mempunyai pengikut yang ramai dan kini terbukti ramai dikalangan ahli-ahli PAS yang meninggalkan PAS, termasuk beberapa pemimpin-pemimpin PAS dibeberapa kawasan yang telah mengistiharkan keluar PAS bagi menyertai 'geng' Mat Sabu.

IBM  juga difahamkan Mat Sabu begitu serius dan konfiden bahawa ahli-ahli PAS akan menyertai beliau tidak lama lagi. Usaha ini dibuat oleh Mat Sabu apabila mendapat maklumat dari Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) daripada PAS, maaf IBM tak dapat maklumat yang tepat nama Ketua Kluster tersebut berkata, ia terbukti apabila Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih gagal menarik kepercayaan orang Melayu terutama mereka yang merupakan ahli PAS. Dan....ada betul juga apa yang dilaporkan oleh Ketua Kluster Politik dari PAS kerana servey dan maklumat yang IBM kumpul apabila jelas terbukti apabila kurangnya penglibatan orang Melayu dalam perhimpunan Bersih 4 yang lalu, ternyata mereka gagal menarik sokongan kaum itu. 

Senario itu tidak berlaku dalam perhimpunan sebelum ini, ketika PAS masih masih mempunyai kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR), Laporan tersebut yang membuat Mat Sabu merasa gusar dan kini Mat Sabu seolah-olah terjaga dari tidurnya dan serta-merta menguatkan jenteranya bagi mengambil ahli-ahli PAS untuk menyertai 'Parti Amanah' yang beliau terajui.  Jika PAS leka dan masih lagi 'menabik dada' bahawa PAS masih lagi 'relevan', IBM rasa, PAS akan 'berkubur'. Untuk tidak mahu perkara ini berlaku dan sekiranya pemimpin-pemimpin PAS masih sayangkan perjuangan parti mereka, maka mahu tidak mahu, PAS kena membuat satu perubahan yang 'drastik' dan berani. Kita dapat lihat memang sukar bagi PAS untuk berdiri sendiri dengan kaki mereka yang dilihat kian lumpuh. Tapi, tidak bagi Mat Sabu. Ianya dilihat begitu diteruima ramai dan sudah tentu ini akan menguntungkan Mat Sabu dengan parti Amanahnya. PAS, apa yang IBM lihat masih ditakuk lama. 

Seperti yang kita tahu bahawa Parti Amanah yang Pengerusinya adalah Pengerusi GHB, iaitu Mohamad Sabu telah dilancarkan  pada 31 Ogos lalu. Dan  IBM difahamkan bahawa  Parti Amanah akan dilancarkan secara 'rasminya' pada 16 September ini termasuk pelancaran logo dan portfolionya. Mohamad Sabu turut menyatakan keyakinan lebih ramai akan menyertai Amanah bukan sahaja daripada kalangan umat Islam, tetapi juga penganut agama lain. Itu sedikit sebanyak maklumat yang IBM dapat dari rakan PAS yang agak rapat dengan IBM. Maka, untuk menyelamatkan parti PAS dari 'berkubur', IBM rasa PAS harus menyekat segala kekuatan yang Mat Sabu ada, pastikan ahli-ahli PAS masih bersama berdiri teguh dibelakang para pemimpin PAS yang lain. IBM tahu ini bukan urusan IBM. Bukan niat IBM nak tunjuk pandai, tapi dari segi 'servival' politik orang melayu dan agama Islam yang mereka war-warakan merekalah perjuang Islam yang tulin, maka untuk jangka masa panjang, PAS perlu melihat disekeliling mereka. 

PAS perlu berubah dan lanskap politik mereka juga mesti diubah. Mereka (PAS) mesti menanam semangat jiwa yang kental, mengenali siapa rakan seperjuangan dan politik mereka yang sebenar. PAS ditendang keluar dan di halau keluar dari Pakatan. Adakah PAS masih lagi nak berkawan dan berkerjasama dengan mereka? Mat Sabu akan terus berkerja kuat bagi memastikan PAS 'sukar bernafas didalam lumpur'. Dan....Mat Sabu adalah musuh sebenar PAS. Bukan UMNO yang selama ini dianggap musuh no 1 PAS. PAS kini sememangnya tenat. Dan...Mat Sabu ni bukannya orang yang baik2 pun. Banyak skandal (seperti gambar paparan diatas). Fikir-fikirkan. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"INGAT SABUN INGAT MAT SABU. INGAT NORMAH INGAT MAT SABU"

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...