Monday, September 7, 2015

BIADAP! ANAK SIAPA LE NI??

ISNIN, 07 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

SYABAS PDRM! Manusia kurang ajar, biadap seperti ini harus diberi pengajaran. Kesian mamak-bapak membesarkan dia. Ingatkan boleh jadi manusia berguna, tapi sebaliknya. Tahniah dan syabas sekali kepada Polis Kluang kerana berjaya menahan seorang individu yang menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen di dalam catatan di laman Facebooknya. Tagum meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari Ahad semasa dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang selepas dirempuh seorang mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di Km 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor. 

Antara penghinaan yang dibuat individu berkenaan terhadap mendiang ialah "Mampus juga kau... setelah sekian lama menyusahkan orang." Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun twitternya di samping mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kluang atas kejayaan menahan suspek itu. Syabas JSJ@PDRM Kluang yang berjaya tangkap orang yang menghina mendiang Inspektor Margaret-Trafik Kluang sebentar tadi, katanya menerusi laman twitter rasminya. Diberitakan, mayat mendiang akan dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.25 pagi dan dijangka tiba di Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 11.15 pagi ini, Isnin. 

Mangsa sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital itu selepas dirempuh oleh seorang Mat Rempit pada pukul 2.40 pagi ketika Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis. Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman. Sekalung takziah kepada keluarga mendiang dan selamat merengkok di dalam penjara kepada si penghina Polis wanita yang malang itu. Harap menjadi pengajaran kita dan semua diluar sana. Wasallam. Dari saya ~ IBM

"JASA MU KEPADA NEGARA AKAN TETAP DIKENANG"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...