SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA

Beliau menjawab soalan mengenai tindakan DAPigs kelmarin yang menggesa JAIP memohon maaf berhubung teks khutbah Aidiladha itu. Melalui Pengerusinya DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri dilaporkan memberi masa lima hari sehingga Rabu ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang. Menurut Abdul Rahman, beliau sedih dengan tindakan beberapa orang Islam dalam DAP yang lebih mempertahankan dasar parti itu dan tidak menghormati institusi Islam. DS Dr Abdul Rahman rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan ahli agama dan institusi Islam ini, namun mereka pula ingin menyaman kami dan meminta kami memohon maaf, katanya.

Abdul Rahman berkata, kandungan dalam khutbah berkenaan adalah benar dan bukannya berbaur fitnah serta telah merujuk kepada al-Quran iaitu ayat 28 Surah Ali Imran. Menurutnya, surah berkenaan menjelaskan larangan orang mukmin berpihak kepada orang kafir dan menjadikan mereka teman setia dengan meninggalkan orang mukmin. Kandungan dalam khutbah Aidiladha bukan hasutan seperti didakwa DAP tetapi kita hendak berdakwah dan memberitahu kepada orang Islam lain mengenai perkara yang sudah dinyatakan dalam al-Quran. Seterusnya Mufti Pahang itu mengajak kita mengimbas dan melihat dalam beberapa isu seperti hudud sebelum ini, mereka (DAP) menentangnya sekali gus menolak hukum Islam sedangkan Islam tidak pernah menafikan hak orang lain walaupun Islam adalah agama Persekutuan di Malaysia, katany DS Dr Abdul Rahman.
Maka di sini, IBM ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Mufti Pahang kerana tidak takut dan gentar akan ugutan DAPis Pahang supaya meinta maaf di dalam isu tersebut. Persoalanya, siapa yang membocorkan teks Khutbah tersebut kepada DAP? Atau adakah ahli-ahli DAP dari kaum melayu ada bersama ketika sembahyang Aidil-Adha pada hari tersebut? Kalau tak ada, agak menghairankan jugaklah. Takkan bangsa Cina ada bersama pada ketika itu? Ada musuh dalam selimut kot? Wasallam Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
"PERLU DIINGAT DAPIGS ADALAH MUSUH ISLAM NO 1 NEGARA"