Monday, September 28, 2015

ADIK AZMIN ALI, UMMI HAFILDA TUBUH NGO? ADA ORANG NAK IKUT DIA KE?

ISNIN, 28 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA 
PERSOALAANYA, ada orang  nak ikut dia ni ke? Tak faham. IBM tak faham akan sikap ahli-ahli UMNO yang satu ketika mengaku bahawa mereka adalah 'hardcore' UMNO. Tapi sayang, cakap sahaja. Cakap tak serupa bikin. Begitu jugalah dengan, adik kepda Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali (kini dah keluar dari Umno) hari ini dengan lantang bersuara dan mengistiharkan menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) baharu. Untuk apa penubuhan NGO tersebut? Kata Ummi, Kuasa Suara Rakyat (KSR), nama NGO  yang diberi bagi tujuan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah laknat berhubung dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya. 
Sebagai Presiden dan Penaung KSR, Ummi berkata, tujuan NGO itu ditubuhkan memandangkan terdapat pemimpin negara yang "pekak badak" dan tidak mengendahkan suara rakyat. KSR ditubuhkan berlandaskan senario politik tanah air. Sebagai orang lama dalam politik walaupun tidak terlibat dalam politik secara serius, kuasa rakyat itu harus diketengahkan, sampai kepada telinga pemimpin. Kita tak nak pemimpin pekak badak syok sendiri, katanya hari ini. Semasa didalam satu sidang media sempena pelancaran KSR di Kuala Lumpur hari ini, Ummi dengan lantang berkata, penubuhan KSR juga adalah supaya kesombongan pemimpin-pemimpin kini dapat diturunkan. Kononnya sebagai manusia beliau ada prinsip. 
Kalau sampai tahap mata ditoreh, hati dicucuk, sekarang tidak lagi. Kerana hari ini Ummi berpandangan nahawa di bawah pemerintahan DS Najib beliau rasa kehormatan rakyat itu hilang, Maka, dengan sebab itu KSR ini ditubuhkan untuk kita kembalikan suara rakyat, hak rakyat, katanya. Katanya lagi, KSR yang didaftarkan pada 24 September lalu ditubuhkan dengan penyertaan beberapa NGO lain dan mempunyai keanggotaan sekitar 30,000 ahli. Difahamkan program pertama KSR ialah membuat solat hajat mereka di Putrajaya, dijangka menghimpunkan antara 50,000 hingga 100,000 orang, termasuk penyertaan mantan Perdana Menteri Tun Mamak Mahathir kutty. 
KSR juga akan adakan satu pertembungan ummah yang besar di Putrajaya. Menurut Ummi dengan penuh konfiden paling kurang 50,000 tanda-tangan telah beliau dapat untuk serahkan memorandum kepada DS Najib dalam perkara-perkara tertentu, katanya. Beliau turut melahirkan harapan Najib dapat melafazkan sumpah di Masjid Putrajaya berkenaan wang RM2.6 bilion itu. Seterusnya Ummi menyatakan KSR tidak akan menuntut Najib 'meletak jawatan' sebagai Perdana Menteri. Kami tidak minta beliau letak jawatan, tetapi kita akan ada asas kukuh yang membawanya ke arah itu. Sementara itu, IBM difahamkan program pertembungan ummah itu akan dianjurkan sama ada hujung Oktober atau awal November depan. 
Tidak habis disitu, Ummi menyambung beliau juga akan menyiarkan surat terbuka untuk DS Najib setebal 5 muka surat bagi mendapatkan penjelasan terhadap beberapa isu yang melanda negara. Selain gesaan mengangkat sumpah laknat, antara isu yang dibangkitkan beliau dalam surat terbuka itu ialah status siasatan berhubung isu Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan yang Najib berbohong berhubung dana RM2.6 bilion itu. Berjayakah KSR mencapai matlamatnya, dan adakah betui ramai pengikut-pengikut seperti yang dikatakan oleh Ummi Hafilda itu? Atau....ianya hanya angan-angan kosong sahaja. Ummi semasa menjadi ahli UMNO dahulu yang juga penyokong kuat Tun Mamak Mahathir Kutty pernah di gelar 'Pelacur Politik' oleh pembangkang yang melibatkan kes liwat II Anwar Ibrahim. 
Apapun, IBM malas nak tulis panjang-panjang, dah memang panjang pun. Kita tunggu dan tunggu perkembangan selanjut. Kalau betul-betul Ummi ada pengaruh dan penyokong seramai itu, kita harap beliau akan bertanding didalam PRU ke-14 nanti. Tak kiranya beliau dipihak mana. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.

9 comments:

  1. Replies
    1. ibm ~ gabenor johor,

      Salam,

      Biasa le tu. Siapa tak kenal Ummi ni. Ibarat 'sesumpah'...setiap hari wajah, trend, nada suara berubah-berubah..begitu juga dgn dunia politik Ummi. Cakap x serupa bikin....anak didikan Mamak Mahathir (dan balaci)...

      Delete
  2. Puan Umi jangan risau, PM memang telus, beliau akan menyahut seruan anda, PM adalah manusia yang paling hebat di Malaysia..apa lagi beliau mempunyai menteri-menteri yang hebat disekeliling beliau. Setakat angkat sumpah laknat tidak menjadi masalah..harap Puan Umi bersabar lah ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ Crown Bridge,

      Ummi juga jgn risau. bila Tun Mamak Mahathir dah pi, boleh;lah ambik segala kekayaan yg Tun Mamak tu ada....

      Delete
  3. Yekerrrrr.
    Najib angkat sumpah......wowwwww.
    Atau angkat kaki....lari.

    ReplyDelete
  4. jibby nk angkat sumpah ke? nk berdepan org ramai masa nothing 2hide pun takut...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ zgmail,

      Alahai! syok nya cow ni. Kalau DS Najib angkat sumpah pun, apa cow susah.

      Delete
  5. He he he lawaknya Umi ni. Sepatutnya Tunlah yg perlu angkat sumpah bahawa beliau mempunyai bukti yg rm2.6 bilion tu duit 1MDB dan kemukakan dokumen tersebut pada PDRM.Tun juga patut bersumpah yg dia x fitnah Najib berhubung dakwaan beliau itu.

    Di pihak Najib, SPRM dah buktikan bahawa yg masuk akaun itu ialah wang derma dan bukan duit 1MDB. Duit rakyat pun bukan. Jadi nak buat apa angkat sumpah.

    Umi juga patut minta Azmin bersumpah mengenai niat dia tubuhkan DEIG dan pindahkan aset MBI lebih rm30 bilion kepada syarikat itu. Betul ke dia x de apa2 niat yg x baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ mus imah,

      Salam,

      T.kasih diatas komen yg bernas. Memang itulah perangai pembangkang dan penjilat2 Tun Mamak Mahathir ni. Tak pernah puas hati. Asyik fitnah dan dengki je. Inilah yg dikatakan 'kain sendiri koyak depa tk nampak, kain org lain koyak depa nampak. Malah, kain diorang lagi koyak rabak' Dasar pembankang....huhuhuhu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...