Friday, September 25, 2015

SYUKUR TIADA JEMAAH M'SIA TERLIBAT INSIDEN REMPUHAN DI MINA

JUMAAT, 25 SEPTEMBER 2015
Salam Jumaat, Salam Aidil-Adha, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Dan Salam Sehati Sejiwa
INSIDEN DI MINA :

Semua jemaah Malaysia disahkan selamat dan tidak terbabit dalam insiden rempuhan di Mina yang mengorbankan lebih 700 nyawa setakat ini, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan di semua tujuh maktab Muassasah dan 15 syarikat pengelola jemaah haji dan TH Travel & Services Sdn. Bhd., (pakej swasta), semua jemaah haji Malaysia disahkan selamat dan mereka hanya akan mula melontar di Jamrah Kubra di Mina itu mulai jam 5.30 petang ini (10.30 malam waktu Malaysia). 
"Tiada jemaah Malaysia terbabit, semua pasukan unit peronda Tabung Haji juga sebenarnya telah membuat pemantauan sejak awal lagi (sebelum kejadian itu berlaku) bagi memastikan keadaan dan masa yang sesuai untuk jemaah haji memasuki kawasan untuk melakukan ibadat melontar itu," katanya kepada pemberita di Makkah hari ini. 
Dalam kejadian 11.30 pagi itu (waktu tempatan), lebih 700 jemaah haji dilaporkan terkorban manakala beratus lagi cedera dalam kejadian rempuhan berkenaan di kawasan perkhemahan jemaah dari negara-negara Arab. Asyraf Wajdi turut kesal dengan laporan di media sosial berkenaan kononnya seorang jemaah wanita Malaysia turut maut dalam kejadian itu - SUMBER
p/s - Apapun bersyukur kita tiada jemaah M'sia yg terlibat. Berita  yg mengatakan seorang wanait M'sia terkorban, biak pi lah. Mereka silap orang kot. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...