JUMAAT, 18 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM JUMAAT, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

WALAUPUN ketika ini diberitakan si janda muda anak kepada bekas Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim) yang sedang dipenjarakan, Nurul Izzah berada diluar negara (kononnya berada di Amerika) satu perkabaran yang akan mengejutkan beliau (Nurul) apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kini disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen. Si Janda muda, Nurul Izzah disiasat berhubung satu pendedahan oleh bekas Ketua Teknologi Maklumat (IT) PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo baru-baru ini yang mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berminat membeli data berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri daripada bekas majikannya.

Inilah akibatnya kerana terlalu ghairah untuk menjatuhkan kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib. Sanggup buat apa sahaja. Sekarang, tangunglah sendiri. Ayah di penjara, kini anak pulak ingin menyusul ke penjara. Bersedialah wahai si janda muda. Nasib 'sabut timbul, nasib batu tenggelam'. Adakah nasib Nurul si janda muda seperti batu, tengegelam? Tunggu dan lihat. Wasalam. Dari saya ~ IBM#PJUDIHATIKU.