Friday, September 11, 2015

POLITIK CARI MAKAN. MAT TAIB KINI MASUK PKR, TINGGALKAN PAS

JUMAAT, 11 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
SIAPA tak kenal Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti yang 'cakap tak serupa bikin'. Dulu musuh ketat. Kini dah jadi kawan. PKR juga dilihat 'ketandusan' pemimpin yang benar-benar berwibawa. Apabila PKR hari ini mengumumkan penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib@ Mat Tyson ke dalam PKR, IBM tak rasa terkejut pun. Itu amalan biasa PKR, parti kelentung rakyat. Lagi pun yang PKR ambil menyertai mereka , bukanlah orang yang berpengaruh sangat pun. Mereka berdua itu adalah pemimpin yang kecewa kerana apa yang mereka hajati semasa bersama Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak kesampian. 
Kedua-dua pemimpin tersebut adalah prmimpin yang tak sedar diri. Kekayaan yang mereka kecapai hingga ke hari ini adalah hasil semasa mereka bersama BN. Mungkin PKR boleh mendabit dada yang kononnya mereka adalah sebuah parti yang mendapat jumlah undi kedua terbesar dalam pilihan raya umum lalu. Tapi, mereka lupa bahawa pemimpin-pemimpin yang mereka terima menyertai mereka adalah tak ubah seperti 'Katak Lompat'. Tukar parti apabila kecewa. Sementara itu IBM difahamkan PKR sentiasa membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang komited dengan agenda reformasi demi menyelamatkan Malaysia. Mereka (PKR) mengalu-alukan dan berbesar hari dengan penyertaan Datuk Kamaruddn Jaffar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam keluarga besar PKR, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail. 
Apapun, itu tidak menjadi kudis atau berita yang mengemparkan. Kerana dari situ kita boleh membuat pernilaian komitmen seseorang yang berpolitik. Bagi IBM, Mat Taib adalah pemimpin yang kecewa dan sudah mula hilang dari ingatan oleh rakyat negeri Selangor. Dari Umno lompat ke PAS. Kecewa kerana tidak mendapat tempat didalm PAS, keluar. Hari ini masuk PKR pulak. Korang fikirlah sendiri. Manusia jenis apa si Mat Taib ni? Wasalam. Dari saya yang tak pernah menyesal menjadi ahli UMNO, dulu, kini dan selamanya - IBM
"INGAT KATAK LOMPAT INGAT MAT TAIB@MAT TYSON"

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...