SALAM, SALAM JUMAAT, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

Adalah tidak benar bahawa Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan bersidang pada 9 September ini akan memecat atau menggantung keanggotaan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, itu hanyalah suatu khabar angin. Mengikut sumber yang IBM dapat, itu bukan salah satu agenda dalam mesyuarat itu. IBM juga yakin perkara-perkara yang dihebohkan di sosial media dan sebagainya tentang Umno adalah agenda pembangkang yang sengaja hendak memecah-belahkan Umno. Jangan percaya perkara karut-marut ini. Oleh itu, elok jangan Di layan mereka-mereka ini kerana mereka (pembangkang) terlalu dengki dan iri hati dengan kepimpinan DS Najib kerana pembangkang dilihat sudah hilang dan kentandusan modal. IBM rasa kalau dilayan, kita pulak yang jadi gila.

Oleh yang demekian bagi menangani kesemua perkara itu, kesemua anggota Umno perlu bersatu dalam satu pasukan. Persetankan mereka yang dengki dan iri hati akan kejayaan Umno selama ini. Oleh itu, berita Tan Sri Muhyiddin dan DS Abdal akan disingkirkan dari Umno adalah lawak bodoh yang direka-reka oleh musuh Umno. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"UMNO TETAP UNTUH, DULU, KINI DAN SELAMANYA"