Tuesday, September 8, 2015

SIAPA CLARE BROWN INI YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA, UNTUK APA?

SELASA, 08 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

SIAPA si Clare Brown ini yang ingin mengubah masa depan negara kita, Malaysia? Dah baca akhbar hari ini? Jom beli NST edisi hari ini. Akhbar The News Straits Times (NST), dalam laporan muka depannya hari ini mendedahkan bagaimana kesungguhan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. NST memetik wanita warga Britain berusia 51 tahun itu sebagai berkata dia mungkin telah 'mengubah masa depan sebuah negara' dan dia akan meraikannya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'dilakukan' (disingkirkan). Akhbar itu menghasilkan petikan perbualan menerusi WhatsApp membabitkan Rewcastle-Brown, pengurusan kanan Kumpulan Media 'The Edge' iaitu Datuk Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat serta Xavier Andre Justo, dari Mac hingga Jun tahun ini. 
Seperti yang kita semua tahu, Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Bangkok atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International (PetroSaudi). Ia menyebut perbualan tersebut turut mendedahkan keakraban hubungan Rewcastle-Brown dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara, Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Akbar NST berkata ia memperoleh perbualan-perbualan media sosial itu daripada sumber-sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand. 
Menurut akhbar itu, susulan hukuman penjara ke atas Justo pada 17 Ogos lepas, pendedahan terbaru itu menampakkan belang sebenar Rewcastle-Brown dan kesediaannya melanggar undang-undang beberapa negara dengan membantu bekas pekerja PetroSaudi itu mengumpul dan melakukan pengubahan wang haram berjumlah US$2 juta (RM8.65 juta). Justo telah mendakwa dia dijanjikan wang sejumlah itu sebagai pertukaran data yang dicuri daripada PetroSaudi. Maklumat tersebut didakwa telah diubah suai dan kemudian diterbitkan oleh portal Sarawak Report berhubung projek urus niaga antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bagaimanapun, Justo tidak menerima bayaran untuk data tersebut. 
Akhbar itu berkata pasukan penyiasat Thailand bagi kes itu merungkai tahap kesungguhan Rewcastle-Brown bersama rakan subahatnya bagi menggulingkan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak. NST juga memetik teks WhatsApp dari Ho Kay Tat kepada Rewcastle-Brown pada 19 Mac lepas yang berbunyi : "Artikel anda seolah-olah menggambarkan anda ingin menjatuhkan Perdana Menteri...Kami dituduh bekerjasama dengan anda dengan menggulingkan PM (Perdana Menteri)." NST melaporkan bahawa Rewcastle-Brown didakwa menjawab dan mengaku : "Saya yang menulis berita ini, bukan anda...Penuhi komitmen anda dan saya akan pergi tanpa memberitahu sesiapa. Akhbar itu juga menyebut dia (Rewcastle-Brown) kemudian menyebut "mungkin kita telah mengubah hala tuju sebuah negara. 
Pada Jun lepas, mesej wanita itu berbunyi : "Kami merancang satu lagi pendedahan sebelum pilihan raya negeri (Sarawak). Saya akan meraikannya apabila Najib tumbang. Saya sudah mendapat beritanya menerusi orang Anwar. Saya menggunakan Dr Mahathir untuk mendapatkan sumber maklumat lain." Maka, tuan-tuan para pembaca yang budiman, sudah nampak jelas segala strategi dan tektik Tun Mahathir mamak putty menyerang DS Najib adalah hasil fitnah perempuan Mat Salleh celaka ini, Clare Brown yang ingin melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tumbang. Memang celaka jugalah Tun Mahathir dan pihak-pihak yang lain terutamanya pembangkang yang dengki akan kejayaan DS Najib menerajui negara. 
Dik kerana dengki, iri hati, maka bermacam-macam cara perempuan sial ini mencari jalan bagaimana untuk membunuh karier politik DS Najib. Yang sedihnya tu, orang yang pernah berjasa kepada negara juga pernah menerajui negara selama 22 tahun turut terpengaruh, diperdayakan oleh perempuan sial seko ini. Kepada Tun Mahathir, balik ke pangkal jalan, bertaubatlah, ingatkan Allah. Allah SWT tahu apa yang kamu lakukan. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"PEMBANGKANG PENYIBAR FITNAH ADALAH MUSUH NO 1 NEGARA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...