Sunday, July 31, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

31 JULAI

Almarhum Sultan Idris Marshid Al-'Adzan Shah

HARI INI DALAM SEJARAH :

MAJLIS PERAYAAN ULANGTAHUN YANG KE 60 (JUBLI INTAN) MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK

TARIKH PERISTIWA : 31.07.1983

Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak telah ditubuhkan pada 1922. Maktab ini ditubuhkan bagi menggantikan Kolej di Melaka dan di Matang yang ditutup. Maktab ini mengambil sempena nama Sultan Perak yang memerintah dari 1889 hingga 1916, iaitu Almarhum Sultan Idris Marshid Al-‘Adzan Shah. Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka dengan rasminya oleh Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir George Maxwell pada 29 November 1922. Pengetuanya yang pertama ialah O.T. Dussek, seorang yang telah banyak mencurahkan jasa baktinya kepada maktab tersebut. Pada hari ini 31.7.1983 ke bawah D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan Ke Bawah D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Hajah Afzan bte Tengku Muhammad telah berkenan berangkat mencemar Duli ke upacara majlis perasmian perayaan Jubli Intan, ulangtahun yang ke 60 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Turut serta di majlis perayaan tersebut ialah Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Dr. Sulaiman bin Haji. Daud. Perayaan Jubli Intan genap 60 tahun MPSI diwujudkan bukanlah sahaja bertujuan untuk mengenang kembali perjuangan bekas-bekas penuntut dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pendidikan dan semangat nasionalisme, malah cuba memupuk semangat kekitaan di antara pelajar dan untuk merumuskan berbagai perkara di antaranya:-

  1. Bagi mengabdikan perjuangan bekas pelajar disamping memberi saranan-saranan yang boleh membantu Kementerian Pelajaran dan institusi-institusi pendidikan dalam kerja-kerja merancang, mendidik dan mengatur perkhidmatan perguruan di negara ini.
  2. Berhasrat menjadikannya MPSI sebagai maktab yang unggul dan diiktirafkan sebagai mempunyai status yang lebih signifikan dari maktab-maktab lain di negara ini.

Bersempena dengan perayaan ini, Konvensyen Pendidikan (KONPEN) Ke 8 juga diadakan. KONPEN adalah anjuran dan kerjasama dari Persatuan Bekas Penuntut-penuntut Suluh Budiman dan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Di samping itu Kebawah D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melakukan upacara perasmian Tugu Perayaan Jubli Intan yang bernilai kira-kira RM 16 ribu. Sebagai mengiktirafkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh MPSI, maka pada 21 Februari 1987 ianya telah dinaikkan taraf sebagai Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) yang mana mengendalikan kursus Peringkat Sijil Khas dan Dipoma Keguruan. Keunggulan IPSI dalam memainkan peranan dan kepentingannya telah mendorong kerajaan untuk menaikkan tarafnya ke peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997.

Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. KEKALKAN TABIAT MEMBACA DI BULAN PUASA INI DEMI MENYEGARKAN MINDA KITA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Jawatan Kosong di PKR, ada sesiapa minat?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Walaupun Parti Pakatan Rakyat (PKR) sudah hampir berkubur, tapi mereka masih memerlukan tenang pekerja untuk membuat kerja-kerja yang boleh membuat parti mereka cepat dikuburkan. Itu yang mereka mahu. Mereka mengiklankan jawatan seperti berikut seperti tetera dibawah ini. - IBM

JAWATAN KOSONG

Eksekutif Penipuan - Penfitnah

Syarat-syarat permohonan :
* Lelaki/Wanita berumur 21 tahun keatas
* Boleh bertutur dalam bahasa Malaysia/Inggeris/Mandarin dan Tamil
* Keutaman diberi kepada calon yang berpengalaman dalam bidang pembohongan dan fitnah
* Mempunyai kenderaaan sendiri seperti Motosikal yang di bonceng oleh Mat Sabu
* Boleh mula secepat mungkin. Kalau boleh malam ini juga.

> Sila emailkan resume di : iklankeadilan@fuckuhoo.com atau faks pada talian 03-4444 4007.

Cepat-cepat. Siapa cepat dia dapat.!

Saturday, July 30, 2011

KEADILAN hampir tenggelam, mengemis dana untuk PRU-13

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

SAH. Parti Keadilan Rakyat sudah menghampiri ke liang lahat. Sudah hampir untuk berkubur dan akan dikuburkan tak lama lagi. Tengok je kapal PKR tu, bukan hampir karam, tapi dah pasti karam. Bukan sahaja mereka menghadapi krisis politik dalaman, tapi isu kewangan juga telah menghantui kepala mereka. Mereka sudah hampir muflis. Maka mereka terpaksa mengemis dan meminta pertolongan dan merayu sehingga mereka terpaksa menubuhkan 'Tabung Pilihan Raya KEADILAN' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Nak buktinya?... mai baca.....ini bukan tipu, tapi kenyataan yang nyata - IBM
Dari SUARA KEADILAN KELUARAN 26 JULAI :

Tajuk : KEADILAN rayu dana PRU 13.

SEBAGAI persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Parti keadilan Rakyat (KEADILAN) merayu sumbangan kewangan.

Tabung Pilihan Raya KEADILAN dilancarkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim 27 Mac lalu, Kutipan dana dibuat berterusan sehingga ketibaan PRU 13.

Sumbangan boleh disampaikan melalui cek atas nama "Parti Keadilan Rakyat" dan/atau bank in ke akaun Maybank KEADILAN : 5-64191-02540-9.

Untuk maklumat lanjut, melayari http://sumbangan.keadilanrakyat.org/index.html.

FAM mohon maaf kepada Chelsea

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

SEMBANG-SEMBANG BOLA :

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon maaf kepada pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC berikutan kejadian pemain tengah pasukan itu, Yossi Benayoun kerana menerima layanan buruk penyokong Malaysia ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lalu.

FAM dalam kenyataan dikeluarkan semalam tidak mengesahkan kejadian itu, tetapi jika ianya benar berlaku badan itu memohon maaf di atas kelakuan segelintir penonton daripada 80,000 penyokong yang membanjiri stadium pada perlawanan 21 Julai itu.

Penyokong Chelsea ni pun satu, kenapa le nak boo pemain pasukan anda?...tak sporting langsung. Nasib baik saya bukan penyokong Chelsea. Hati ku tetap bersama mu Liverpool. 'You'll Never Walk Alone' - IBM
Yossi Benayoun

Kesian si Yossi Benayoun ni. Kena boo oleh penyokong sendiri. Kalau ia pun dia ni dari Israel, janganlah macam tu. Dia tak berdosa, dia cuma cari makan dan bermain bola sepak. Dulu semasa dia berada di dalam skuad Liverpool, saya minat juga kat dia ni, tapi bila di berhijrah ke kelab Chelsea, langsung tak nak ambik tahu hal dia ni.

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

30 JULAI

Dulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia

HARI INI DALAM SEJARAH :

KONVOKESYEN PERTAMA UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

TARIKH PERISTIWA : 30 .07.1977

Pada hari ini 30.7.1977, satu istiadat pengisytiharan perlantikkan canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Satu upacara penyerahan cokmar universiti oleh Menteri Pelajaran, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed telah diadakan di Dewan Besar Universiti tersebut. Turut diadakan ialah pengisytiharan perlantikan 2 orang Pro Canselor terdiri dari Tun Datu Mustapha bin Datu Harun dan Tan Sri Ong Kee Hui. Bersempena dengan tarikh ini juga UPM mengadakan majlis konvokesyen yang pertama dengan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda kepada 118 orang graduan, 479 orang dengan diploma dan seorang dengan Ijazah lanjutan Master Pertanian. Mereka adalah graduan-graduan yang ulung dikeluarkan oleh universiti ini sejak ia ditubuhkan pada 1970. Turut hadir di majlis konvokseyen tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir dan isteri, Tengku Ampuan Selangor, Tun Datu Mustapha dan wakil-wakil dari beberapa buah universiti tempatan dan seberang laut. Di dalam titah ucapan Sultan selaku canselor universiti tersebut, baginda mengesyorkan supaya UPM mengadakan program-program dan kursus-kursus baru khusus untuk menghasilkan tenaga profesional bagi mengatasi sebarang masalah dalam usaha-usaha pembangunan pertanian di negara ini. Baginda juga berharap perkembangan universiti tersebut dapat menjamin perseimbangan antara pengkhususan bidang yang diadakan selaras dengan hasrat masyarakat dan negara. Sesungguhnya pengeluaran graduan-graduan dalam konvokesyen pertama ini menjadi titik permulaan ke arah pengeluaran lebih ramai siswazah yang berpendidikan tinggi dan profesional supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat menuju ke arah pembangunan negara keseluruhannya.

Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad ketika itu Timbalam Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA AMALAN MEMBACA TIDAK MERUGIKAN KITA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Friday, July 29, 2011

Tawaran Ketua Pembangkang, KULI tak rela diperangkap Lagi

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mudah terpedaya dengan pelawaan pihak pembangkang untuk menjadikannya Ketua Pembangkang sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Akhbar semalam melaporkan yang Ku Li dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (berita semalam), maklumat mengejutkan itu diterimanya daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan telah menemui Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar. Fikir-fikirkanlah wahai Tengku, jangan termakan hasutan Pembangkang - IBM

Sumber Berita : mynewsgub.my/bm.

Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mudah terpedaya dengan pelawaan pihak pembangkang untuk menjadikannya Ketua Pembangkang sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip (Gambar) berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu bukannya sehari dalam dunia politik.

Katanya, Ku Li lebih tahu ‘yang mana intan dan yang mana kaca’ dalam permainan politik negara ini.

Mereka boleh datang dan memujuk tetapi bukan mudah untuk Ku Li makan pujukan mereka, beliau tidak akan meletakkan dirinya sebagai seseorang yang terlalu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menerima cadangan berkenaan,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Zahid juga berharap Ku Li mengimbas kembali zaman sewaktu beliau ‘berganding bahu’ bersama-sama parti Pas dan DAP suatu ketika dulu.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Insyallah, jika dipanjangkan umur, hari Isnin ini bermulalah kita semua umat Islam menjalankan ibadah Puasa iaitu rukun Islam ke 4. Kepada semua rakan-rakan dan pengemar blog, di ucapkan selamat berpuasa dan kepada rakan-rakan blogger yang dihormati sekelian teruskan menulis tapi biarlah penulisan yang berhemah bagi menghormati bulan Puasa ini. Kurangkan mencarut, nanti kurang pulak pahala puasa tu. Hehehehe..kan apa, cuma ingat-mengingat antara kita sesama manusia. Ikhlas dari : IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

29 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :

PENGISYTIHARAN MEMERANGI PENGGANAS KOMUNIS DI SEMPADAN TANAH MELAYU-SIAM DITANDATANGANI

TARIKH PERISTIWA : 29.07.1960

Pada hari ini 29.7.1960, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Persekutuan Tanah Melayu, YAB Tun Abdul Razak bin Hussein telah menandatangani pengisytiharan untuk memerangi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu-Siam di Kuala Lumpur. Pengisytiharan yang terkandung dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 ini dikuatkuasakan mulai 1 hb. Ogos 1960 dan mengandungi butir-butir lengkap tentang penetapan daerah keselamatan di sempadan Tanah Melayu-Siam. Kawasan yang ditetapkan meliputi bahagian timur Perlis dan Kedah, bahagian Utara Perak serta bahagian utara dan barat negeri Kelantan.

Di dalam pengisytiharan yang ditandatangani ini, sebanyak lima peraturan keselamatan Dalam Negeri telah ditetapkan, iaitu;

  1. Peraturan-peraturan umum yang meliputi pembinaan pagar-pagar duri dan kuatkuasa mengawasi pemberisahan belukar-belukar dalam kawasan keselamatan sempadan.
  2. Peraturan-peraturan yang menyentuh tentang sekatan dan larangan barang-barang makanan dan bekalan-bekalan lain.
  3. Peraturan-peraturan ke atas pengawalan getah, iaitu yang melarang getah dibawa antara 6.30 petang dan 6.30 pagi tanpa kebenaran di dalam kawasan keselamatan.
  4. Peraturan-peraturan mengenai ganti rugi kecederaan bagi orang awam; dan
  5. Peraturan-peraturan mengenai elaun kecederaan.

Selain daripada itu, pengisytiharan yang di tandatangani ini turut juga melarang penggunaan lambang-lambang terutama yang mangandungi bintang merah lima segi atau lambang tukul besi serta penerbitan dan jualan majalah-majalah yang tertentu. Pengisytiharan memerangi pengganas komunis di sepanjang sempadan Tanah Melayu-Siam yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1960, merupakan usaha awal kerajaan Tanah Melayu ke arah mewujudkan keamanan dan keselamatan di sempadan. Hingga kini kerajaan Malaysia telah berjaya mengekalkan keamanan di kawasan Sempadan Malaysia-Thai terutama setelah wujudnya keselamatan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand dalam mengawal keselamatan di sempadan secara bersama.


Sebagaian anggota Parti Komunis Malaya

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. BACALAH SELAGI ANDA TIDAK JEMU KERANA TABIAT MEMBACA TIDAK MERUGIKAN MALAH BANYAK MENAFAATNYA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

KULI ambil alih jawatan Ketua Pembangkang?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Menyedari bahawa Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan tak lama lagi, PKR tiada pilihan lain. Mereka, Pakatan Pembangkang itu mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi mengantikan bos mereka. Inilah berita terbaru yang didedahkan oleh bekas orang kuat PKR.

"Kalau ini benar-benar berlaku, jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat ketandusan pemimpin. Kenapa Ku Li? kenapa tidak Hj Hadi Awang, dan juga Nik Aziz?" - Zahrain

Begitulah mengikut sumber-sumber yang diperolehi daripada Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan perkara itu. Katanya maklumat diperolehi daripada beberapa pemimpin PKR sendiri.

Tapi, cerita ini belum ada kepastiannya, kerana di pihak Ku Li masih belum membuat apa-apa kenyataan. kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenarannya cerita ini. Kalau betul-betul perkara ini berlaku, alamat berpecah lagi le kaum melayu di bumi Malaysia ini. Aduhai!...sedihnya mengenangkan nasib bangsa ku. Entah bila lah kita nak bersatu. Sampai kiamat?..pun belum tahu. - IBM



Thursday, July 28, 2011

Pok Nik lidah bercabang, layak di gelar 'ulama' semak

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Cepatnya dia mengubah kenyataan di akhbar. Semalam kata setuju, hari ini pula kata tak setuju. Tak kah lidah bercabang namanya tu?. Wajarkah orang ini di panggil 'ulama'?. Apakah ciri-ciri seorang itu digelar 'ulama'?. Memaki hamun?, mendoakan orang supaya pecah perut?, berdolak dalik?, menfitnah?...bila le orang tua ni nak bertaubat?

Nak tahu siapa yang saya maksudkan?..hehehe..saya tahu anda pun tahu. Kenyataannya didalam sebuah akhbar hari ini memang jelas menunjukkan jenis manusia apa dia ni. Anda baca sendiri dan nilaikan lah, kan apa, cuma untuk kebaikkan bangsa dan tanah air kita semua. - IBM

Kata Nik Aziz.........
Nik Aziz ubah pendirian mengenai biometrik

[KOTA BHARU Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengubah pendiriannya berhubung penggunaan kaedah biometrik dalam sistem pilihan raya.

Jika kelmarin beliau bersetuju dengan penggunaan kaedah itu tetapi hari Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, sistem berkenaan amat meragukan.

Katanya, sokongan beliau terhadap kaedah biometrik sebelum ini dibuat dengan 'bersyarat', bukannya sokongan secara langsung seperti dilaporkan akhbar.

Sejak dari awal, jelasnya, beliau menolak perkara meragukan dan berpendapat adalah lebih baik kaedah dakwat digunakan.

"Kebetulan semalam ada kenyataan keluar di Selangor tentang seramai 17,000 pengundi yang bertindih dan 500 daripada senarai nama itu sudah diserahkan kepada SPR.

"Ini membuktikan pendaftaran pemilih memang meragukan, bukan setakat meragukan bahkan salah, jadi kepada sesiapa yang tidak mahu kepada Bersih inilah dia, kotor," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Jawatankuasa Pas Pusat semalam yang menolak penggunaan kaedah biometrik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan dalam sistem pilihan raya.

Sebelum ini, beberapa akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz bersetuju dengan cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik sekiranya ia membawa kebaikan.

Nik Abdul Aziz berkata, lebih baik kaedah dakwat kekal digunakan kerana ia boleh menyekat masalah pengundian bertindih.]


Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

28 JULAI

Terdapat beberapa warna bunga raya di negara kita

HARI INI DALAM SEJARAH :

BUNGA RAYA DIISYTIHARKAN SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN

TARIKH PERISTIWA : 28.07.1960

Pada hari ini dalam tahun 1960, Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengumumkan pemilihan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengisytiharan tersebut telah dibuat ketika perasmian pameran M.A.H.A di Turf Club, Selangor. Kementerian Pertanian dengan kerjasama Unit Bergerak, Jabatan Perkhidmatan Penerangan telah menjalankan kempen meninjau pendapat rakyat bagi menentukan bunga yang sesuai untuk dijadikan bunga kebangsaan. Hasil kajian yang telah dijalankan pada akhir tahun 1957 sehingga awal tahun 1958 di kawasan bandar dan luar bandar. Tujuh jenis bunga telah dikemukakan sebagai pilihan dalam kajian tersebut iaitu bunga cempaka, melor, kenanga, mawar, teratai, bunga raya dan bunga tanjung. Hasil daripada kajian mendapati tiga jenis bunga menjadi pilihan iaitu bunga mawar, melor dan cempaka, keputusan yang berbeza telah menyukarkan kerajaan membuat pemilihan. Berikutan daripada itu Bunga Raya telah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan kerana ia menjadi kegemaran ramai dan namanya telah diberikan oleh orang Melayu sejak dahulu lagi dan dikenali dengan satu nama sahaja di seluruh negeri. Sesungguhnya sejak pemilihannya Bunga Raya atau Hibiscus Rosa Sinensis telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai Bunga Kebangsaan telah dijadikan salah satu lambang dalam acara-acara rasmi kerajaan.


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA BOLEH MENCETUSKAN ILHAM DAN IDEA DEMI UNTUK KEBAIKAN KITA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Tiket Malaysia vs Singapura habis dijual

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

SEMBANG-SEMBANG BOLA..

Kalau dah tak rezeki nak ke Stadium Nasional Bukit Jalil, apa nak buat. Kepada rakan-rakan yang tidak dapat beli tiket tu, jangan panik, RTM dan Astro ada siaran langsung. Walaupun suasana menonton di kaca TV dan menonton secara LIVE di dalam Stadium adalah dua peristiwa yang berbeza, tapi...demi pasukan yang kita kasihi, jom sokong. Malaysia boleh! - IBM

[PUTRAJAYA, 27 Julai – Kesemua baki 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

“Petang ini kesemua baki 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.

“Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lepas.

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...