Sunday, February 9, 2014

"KONSENSES NATIONAL" DAPAT SAMBUTAN. PAS KATA OK....

AHAD, 09 FEBRUARI 2014
AKHIRNYA PAS menyambut baik cadangan "Konsensus Nasional" oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat menerusi perbincangan di kalangan pimpinan PAS Pusat untuk meneliti berbagai aspek dalam mendalami persoalan konsesus itu. Sehubungan itu, PAS menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha merungkai serta menyelesaikan kemelut dalam negara kita ini. PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi pelbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara, katanya dalam satu kenyataan pada hari semalam (Sabtu).
Sebelum ini, pada 29 Januari yang lepas, Datuk Seri Najib dilaporkan berkata, pelan perdamaian nasional yang diusahakan kerajaan berasaskan 4 teras iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa. Cadangan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu meneliti satu pelan untuk membangunkan dan menggalakkan persekitaran kondusif untuk dan dapat membantu menggalakkan perdamaian nasional menerusi perpaduan dan konsensus di dalam negara. Maka Abdul Hadi menyambut pelan tersebut dan berkata, konsesus itu juga selari dengan keperluan muzakarah yang disebutkan beliau dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-59 lalu.
Dengan itu, PAS berharap agar pihak kerajaan dapat menyatakan terma-terma dan proses Konsensus Nasional ini sebagai langkah untuk bergerak ke hadapan, katanya. Datuk Seri Najib juga sebelum ini berkata, beliau mengilhamkan idea perdamaian nasional selepas pilihan raya umum lepas, namun beberapa pihak tidak responsif terhadap rayuannya untuk bekerjasama. Kesahihan pilihan raya malah dipersoalkan oleh mereka dan ia terbukti tidak berasas. Saya kini menjadi lebih bersemangat apabila melihat Pembangkang menggesa bagi satu konsensus dan saya percaya mereka akan mengalu-alukan perkembangan baharu ini, katanya.
Harap-harap PAS tidak lagi mengubah fikiran mereka sepertimana yang sudah-sudah kerana mereka akan membuat pusingan "u" di saat akhir dengan mengatakan bahawa rakan-rakan komponennya dalam Pakatan Rakyt (PR) tidak bersetuju. Demi kebaikan rakyat dan negara apa salahnya. Betul tak? Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...