Monday, February 24, 2014

DENDA RM500 JIKA MEROKOK DI PANTAI BATU BURUK

ISNIN, 24 FEBRUARI 2014
AWAS! MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN. KATAKAN TIDAK PADA ROKOK

IBM setuju sangat apabila Kerajaan negeri Terengganu membuat pengumuman dan keputusan akan mewartakan kawasan rekreasi Batu Buruk dan sekitarnya sebagai Zon Larangan Merokok atau Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR). Sekiranya menjadi kenyataan kelak, ini akan meliputi kawasan dari Dataran Batu Buruk sehingga ke Hotel Primula, Masjid AlMuktafil Billah Shah di Ladang sehingga kawasan berhampiran Kediaman Rasmi Menteri Besar di Sri Iman di sini. Difahamkan, jika sabit kesalahan, perokok boleh dikompaun sebanyak RM500 di bawah Akta Hasil Tembakau.

Sumber yang IBM dapat dari pejabat Menteri Besar Terengganu, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan negeri di sini Rabu lalu. Dalam mesyuarat Exco Kerajaan negeri, kita telah bersetuju dengan cadangan pihak Jabatan Kesihatan negeri untuk mewartakan kawasan Batu Buruk sebagai kawasan bebas asap rokok, katanya. Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Dana Perubatan 2014 Kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di hospital itu di sini kelmarin. Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman.

Dalam pada itu, Anwa pula berkata, sebelum dikuatkuasakan, pihaknya akan menjalankan kajian tentang perkara itu untuk selama setahun dan tempoh pelaksanaannya dijangka mengambil masa lima atau enam bulan kemudian. Untuk permulaan, mereka akan jalankan proses mendidik orang ramai, selain menubuhkan jawatankuasa khas bagi tujuan pemantauan, dan di jangka selepas tahun kajian ini dibuat, baru mula dikuatkuasakan. mengikut kata sumber.

Apapun tahniah kepada kerajaan negeri Terengganu yang mengambil langkah bagi menyedarkan rakyatnya betapa bahayanya merokok dan perlu menjaga kesihatan diri. Moga inisiatif yang dibuat oleh kerajaaan negeri Terengganu akan di ikuti oleh negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Insyallah. Awas! Merokok Merbahaya kan Kesihatan. Wasallam.


"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...